Thursday, June 30, 2011

Virus CINTA.

Assalamualaikum ,

Apabila kita diserang virus-virus berbahaya. Cepat la berjumpa doctor yee. Jumpe je , jangan rawat penyakit tu. Macam akak la , kalau sakit bile da jumpe doktor gerenti sampai rumah teros sehat. Haha. pelik2 je. Tapi tula die. Nak buat macam mane kan? haha

Satu keluarga kene selesme + batok2 + bersin dan sebagainya. Ini berpunca daripada penyebar virus cinta iaitu kakak la. Die la punca segala- galanya. Tengok! Suare da rock , sape dengar mesti tergoda punye la. Haha. bersin tanpa henti sampai tumbuh jerawat pemanis nie ha.

Yela , mak kate bersin nie elok. Bole bersihkan muke kite. Kirenye kuar kan bende2 kotor cam jerawat nie la. Adoii. Sabo jelaa. Ape2 pon tak bole. hahaha

Kesihatan kene jage. Tapi kalau semua da berjangkit. Bila mau sihat? Nak sihat cepat. Da la kene jadi MC esok. Mcm mane nak bercakap kalau suare macam nie? Ish3. Nak nanges la cmni :(

Papepon , nda doakan kita sekeluarga sembuh dengan cepat. jadi bole la p jalan-jalan lepas tu. Da sehat. Haha.

kepada penyebar virus cinta , da sehat nanti. Abes la kitorang kerjakan. Hahaha.

Semoga sihat selalu. ameen



ade kene mengene ke gamba nie? haha

Saturday, June 25, 2011

Hari Karnival 2011 :)

Assalamualaikum ,

tak ade bende nk d ceritakan. harap2 , paham la yee situasi yang berlaku. selamat menonton :D hehe

FACE PAINTIN'



apabila budak seni menunjukkan bakat mereka :)

Gerai kami :D



mendapat layanan first class oleh ratu2 cantik dunie :)




kire hasil jualan kali kedua :) hehe



rumah hantu blok E :D



bergambar sebentar. hehe



TE8 , love u all. hehe



yeay , muke kami gembira setelah mengutip banyak hasil jualan. :)

Thursday, June 23, 2011

Sakit yang amat.

Assalamualaikum ,

Saya tak dapat nak luahkan perasaan sedih saya nie kat siape2. Saya da penat , penat , penat. Saya rase tak terdaya dengan dugaan nie. Tolonglah keluarkan saya daripada semua masalah.

Nak berkongsi dengan keluarga macam tak kene je. Perlu ke saya selalu simpan semua masalah sendiri? Saya tak nak stress. Saya nak kehidupan saya. Saya nak berjaya macam kawan-kawan lain. Buang saya daripada bebanan masalah jadi saya boleh belajar dengan lebih tenang dan focus.

Saya da penat menanges.

Tuesday, June 21, 2011

An unexpected message again :/

Assalamualaikum ,

Sila jaga perlakuan anda. Okay , saya da penat dengan tuduh tidak berasas daripada pihak-pihak tertentu. Kenape kamu semua ( yang terlibat sahaja ) suka bertanya mengenai lelaki yang suda terang terangan TIDAK mempunyai apa-apa hubungan dengan saya??? Sangat bagus ke menyerang daripada belakang dengan menuduh saya mempunyai hubungan dengan mereka? Kenapa tidak terus bertanya dengan teman lelaki anda-anda sekalian sendiri??? Kenapa mesti tanya saya?

Okay , Antara soalan pernah di tanya :

“ saya ada soalan nak tanya , awak dengan dot dot dot ade ape-ape hubungan ke? “ ( penat lah! )

“ balas soalan saya cepat. Awak tahu tak gf dot dot dot siapa? “ ( malas btoi nak balas soalan nie )

“ kenapa dot dot dot rapat dengan awak? “ ( adoii wanita nie )

“ patut la ramai suka awak! “ ( ape maksud kata-kata tu huh? )

“ kenal tak siapa gf dot dot dot? “ ( tak nak tahu pon )

Dan lain-lain….. ( sebenarnya soalan mereka-mereka agak ganas sikit tapi telah d edit oleh saya jadi tak la nampak kurang sopan sangat kan? )

Maaf la , saya da malas dengan mental torture kamu semua. Saya nak hidup aman damai tanpa kekacauan daripada suasana yang menyakitkan hati.


Pesanan daripada penaja : Kalau anda tidak mempunyai kepercayaan antara satu sama lain dengan teman lelaki anda. Jangan teruskan hubungan itu lagi. Tidak beri apa-apa makna taok. Dan anda-anda sekalian jagalah teman lelaki anda sebaik mungkin supaya tidak berlaku hal yang tidak di ingini.

DAN jangan disebabkan saya tidak mempunyai teman istimewa jadi anda-anda sekalian bole menuduh saya bukan-bukan? Hahahaha. Mungkin saya perlu cari seorang bidan terjun yang sudi untuk menjadi teman istimewa saya , baru anda-anda semua lega??? Huh? Hentikan semua ini! Saya dah penat! Penat! Penat!


Maaf kalau ade yang tersinggung , cume luahan hati. :(

Friday, June 10, 2011

A complete guide from Allah.

Assalamualaikum ,

Allah knows best for us,
So why should we complain,
We always want the sunshine,
But He knows there must be rains.


We always want laughter
And merriment of cheer,
But our heart will lose their tenderness,
If we never shed a tear.


Allah test us often,
With suffering and sorrow,
He test us not to punish me,
But to help us meet tomorrow.


For growing tress are strengthened,
If they can withstand the storm,
And the sharpness of the chisel,
Give the marble its grace and form.


Allah tests us often,
And for every pain,
He give us provided we are patient,
Is followed by rich gain.


So whenever we feel that
Everything is going wrong,
It's Allah's way,
To make our spirit strong.

kriteria lelaki ideal.

Assalamualaikum ,




Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka. Hal ini disebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa penilitian yang mendalam. Ini disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal kita jalani bersama dengan pasangan.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita, ia perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Ini kerana menurut kajian, kaum wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya.

Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memberikan panduan yang baik bagi anak-anak perempuan mereka mencari bakal suami dari kalangan lelaki yang berakhlak tinggi dan taat pada ajaran agama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perjudian, minuman keras, berkunjung ke tempat-tempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati?

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat. Katanya, “Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Hasan menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.

Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki.

Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali) yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik. Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Lihatlah betapa tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa para ibu bapa agar mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik.
Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain daripada menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Kita melihat bahawa berapa ramai anak-anak perempuan yang ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi apabila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri.

Gadis yang pada mulanya berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, meninggalkan solat dan bentuk-bentuk ibadah lainnya. Semua ini jelas merupakan kerugian yang nyata sekali bagi dirinya.

Oleh sebab itu, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik, yang seolah-olah dia memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak perempuannya sendiri.

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Ini kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata, tetapi ia merupakan “ikatan sosial” yang merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasih sayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Hayatilah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32)

fikirkan sejenak..

Assalamualaikum ,





Bila kita sayang seseorang tu , Kita terima je apa yg org tu kata
Tapi bila kita kata dia? Hati kata tak ape manusia tak perfect..

Bila kita sayang seseorang tu , Kita tunggu dia lame² pon tak ape
Tapi bila dia tunggu kita??? dia marah².. Hati kata ala, adatlah ada yang menunggu dan ditunggu....

Bila kita sayang seseorang tu , Kita tak tido pon tak ape layan dia yang tengah bosan , Tapi bila kita bosan.. Ada dia layan kita? Hati kata tak ape dia busy kot..

Bila kita sayang seseorang tu , Kita gaduh dengan dia , kita diam aje
Tapi dia heboh 1 dunia.. Hati kata tak ape, dia tension tu..

Bila kita sayang seseorang tu , Kita call nak cakap dengan dia
Tapi dia pulak tak jawab fon.. Bila jadi cmtu , Hati kata, tak ape nak buat cam ne dah nasib..

Bila kita sayang seseorang tu , Kita bercerita dengan dia , ibarat cerita dengan tunggul lagi baik
Tapi bila dia bercerita ngan kita.. Kita dengar sepatah² dan kite ingat , Hati kata tak ape sayang la katakan..

Bila kita sayang seseorang tu , Kita sanggup bagi dia rest bila dia letih ,
Tapi bila kita letih , dia suruh juga kita layan dia bila dia bosan.. Adil ke? Hati kata , ala bukan selalu pun..

Bila kita sayang seseorang tu , Kita jadi cam orang gila bila dengar dia sakit,
Tapi bila kita sakit.. Dia siap kuar ngan kwn² dia meraikan hari kesakitan kita.. Hati kata, ala tak ape, tak kan dia nak berkepit ngan kita 24 jam....

Bila kita sayang seseorang tu , Kita tak pernah pentingkan diri sndri
Tapi dia hpokrit tahap gaban.. Hati kata tak ape, dia memang cmtu kene lah trima..

Bila kita sayang seseorang tu , Kita sayang nak tinggalkan dia selama² nya
Tapi dia tak tahu kita berdepan dengan maut, Walaupun kita sakit , dia kata kat kita , sakit bese² je, jangan nak mengarut! Hati kata , camnelah dia bila kita tak ade, mesti dia hepi..

Bila kita sayang seseorang tu , Kita tak sanggup tengok dia derita
Tapi dia tak pernah hargai diri kita , Hati kata, tau tak betapa kita sayang kan dia????
Bila kita sayang seseorang tu , Kita sanggup tinggalkan dia selama² nya untuk dia bahagia
Tapi adakah dia tahu pengorbanan yang kita lakukan itu???... fikirkanlah.

sumber : tagged friend

penawar penyakit :)

Assalamualaikum ,

Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Intipati hadis tersebut adalah umat Islam digalakkan untuk tabah dan berusaha merawat penyakit asalkan mengikut peraturan agama.

Apa yang penting pada hadis berkenaan ialah untuk menyatakan kelebihan dan manfaat besar kepada orang yang banyak menyebut ‘La Haula Wala Quwwata Illa Billah’. Maksudnya tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Ucapan itu dinamakan Hauqalah. Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah.

Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”


Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit.

BERTUDUNG / BERFESYEN ??

Assalamualaikum ,

Bertudung atau berfesyen? Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.

Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.
Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.
Juga ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.
Malah labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.
Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.

Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.

Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.
Sombong makin bertambah, lalu jalan mendabik dada.
Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.
Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan.
Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.

Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.
Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.
Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.
Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.
Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.

Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.
Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung.

Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.

Sekian, wassalam.

KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH BANGUNAN KAIN HITAM


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

" Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

Saturday, June 4, 2011

lelaki , lelaki.

Assalamualaikum ,
Hari nie akak ajak p sarapan kat luar , so ikot jela. Haha. merantau cari makan sampai kampung baru. Hik3 , over kan? Maklumla tempat lahir dulu kat situ jadi tau sikit² tempat makan kat situ. Hehe. Nak d jadikan cite waktu tengah melahap tu la, kitaorang da usha² pasangan kekasih nie. Lelaki bole tahan , ppuan die pulak kurus keding. ( haha , terasa la pulak ). Suma benda lelaki tu buatkan start duduk tolong tarikkan kerusi , makan tolong amekkan , air tolong orderkan , kiranya sume lelaki tu buatkan la. Ppuan tu just diam dan ikot jee keadaan. Lelaki tu macam cina ( mmg cina pon la ) haha , ppuan tu pulak macam melayu , kulit sawo matang. Tapi sebenanya cina , ape ag mule la kitaorang wat andaian yang ppuan tu mix la tu. Ayah die cina mak dia melayu. Haha. tak de keje btoi.
Kitorang usha sampai dorg abes makan. Eceh eceh , pegang² tangan , konun² nak melintas la tu , adoii.. bukan ade kete pon. Tetebe teringat adek last penah kate “ ala mula² tu memang la tolong bukak kan pintu kete , da lama nanti kaki belum masok ag kete da jalan “ tergelak satu keluarga dengar ayat spontan adek. Haha. tapi memang lumrah apa. mula² tu sayang la da lame melayang. Hahaha
Pastu , mula la dialog dengan kak uci :

nda : ci , nape non muslim nie relations between ‘em long lastin’? kirenye , lebih lama la daripada kita yg beragama islam nie? Macam dalam tamadun india , even balu pon d larang untuk kawen lagi , untuk menunjukkan taat setia kepada suami dorg yang da meninggal.
Uci : yela , lelaki nie kan rajin ikot sunnah nabi bahagian kawen 4 tu.
nda : eleh , dorang ikot tang tu je. Ke masjid awal , pergi ke masjid berjalan kaki , Makan dengan tiga jari tangan dan menjilat jari itu apabila selesai makan , dan laen² ade dorang buat? Tu la mentality orang melayu , ntah la. Susa nak cakap ( tetbe emo ) haha
Uci : bese la tu nda , …… ( censored ) haha
nda : da la , cepat la makan , wat ape dok lame² kat sini , kang tak nak berhenti makan kang. Haha
abes tu , kitaorang ronda² cuci mata. Uhuk uhuk c( : meng-usha orang ag. Haha , mmg tak de keje. Hik3

entry nie perbualan antara kakak dan adik , tiada kene mengena antara yang hidup mahupun suda meninggal dunia.

Friday, June 3, 2011

Sweet couple :)

Assalamualaikum ,

Song by charice feat iyaz ( Pyramid – my pebet song ) berkumandang d corong² radio. Ahaks , Nampak sangat nipunyee. Haha , handphone berbunyi , ada kawan dalam bahaya , ada kawan dalam bahaya d sana. Hehe. ( wonderpets pulak )
huh? Helfi call? Aikk , pelik da nie. So , I’, answerin’ her call.

Me : yo , wats up? ( tipu je , assalamualaikum , ) aihh , nape nie? Mesti sedih nie? Kan kan?
Epi : tak de la aku saje nak call ko.
Me: yekeee.. haha
Epi : tak la , sebenanya aku geram nie. Aku call , mesej die sampai sekarang dia tak balas² langsung. Da berderet aku call nie.
Me : ko wat ape? Mesti ade sumthin’ nie.
Epi : laa , aku lambat masakkan die telur dadar je , tu pon merajok , aku nga bz waktu tu , mak die suh rebus 60 biji telor.pastu aku masak la , aku mesej la telur tu da siap , makan la. tengok² dia da kuar. Yela , mane tak nya , nie 1st time dia balik makan tengah hari kat umah selalunya tak balik pon.
Me : yeke? Romantic nye. Haha. la , die merajuk nak suh ko pujuk la tu. Tau pon baru 1st time die balik , tgk² tak de sape layan die nak telur dadar. Haha , kesian je. Da tu mcm mane?
Epi : aku da call mesej banyak kali tapi tak balas pon. Da la aku dapat free call ary nie.
Me: huh? Nape?
Epi : ary nie birth date mak aku , aku register num nie under mak aku.jadi aku dapat la.
Me: patot la lame ko beborak ngn aku. Haha , la , cube la call ag , kalau tak ko mesej die , ko kate ko plak nak merajuk. Haha
Epi : tak nak aku , da la esok aku nk p cherating , pastu dia merajok , da la peg 3 ary , tak dapat jumpa, kalau dia teros camni camne nak jumpa.
Me : discuss la ngan dia baek² , dia saja nak manje² je tu. Haha.
Dan …………………. ( endin’ )
Pukul 20.15 rupanya da banyak miskol daripada epi , maaf la epi , aku jarang gune fon , aku letak dalam almari jadi tak perasan la. Tetiba epi call ag ape ag teros aku jawap.
Me : yee epi , nape?
Epi : jap , ( rupenya dia bagi kat pakwe die.. adoi , epi nie.. hehe )
Bf epi : nie linda ke?
Me : aihh , ingatkan merajok ag , takkan la sebab telor dadar je majok kot? Hahahahaahha
Bf epi : eleh , tak de mase gua nak majok sebab telor , sape wat cita tu , gua nak saman dia.
Me : haha , banyak la , epi yang cita oke. Sebab telor je majok pastu call msg tak angkat. Apa cita? Haha. majok la lame² da la esok epi nk p cherating.
Bf epi : asai dia tak bgtau gua pon? tak pe , gua akan nyanyikan dia lagu.tau tak lagu ape dia suka gua nyanyi? ( mula la dia menyanyi. Adoii , mamat nie.. 1st time jumpa lelaki camni yang sportin’ nyanyi kat org laen , bkn selalunya lelaki akan nyanyi dekat special gf only ke? )
Me : mula la gelak sakan , sampai sakit pipi nehh. Sabo jela melayan dorg nie.
Bf epi : nak dengar lagi tak?
Me : cukop la tu , haha. penat la nk gelak. Bagi kat epi la.

Epi dan aku mula la cita psai keje skola. Haha. tapi ade la masok bab pakwe epi tu. Sebenanya banyak bende kitaorang borakkan tapi nie jela dapat paparkan. Kang tak de rahsia pulak antara dorg kan? haha..

Papepon , semoga Korang bahagia.

Ayat bf epi : kita cantik bila kita d sayangi ( tersentak dengar , wuhuuu tau la aku tak ade orang yang menyayangi ) terase ooo.

Thursday, June 2, 2011

karak!!!

Assalamualaikum ,

Nak cite serba sedikit sebanyak dan sebagainya la. Haha.

Sebenanya tak de apa yang perlu d ceritakan. Karak by KRU production nie , adoii , 1st impression , wow , seram jugak , + seram , seram dan seram la. Tetebe bila da msok tang dorang ( 4 orang pelajar ) accident masok gaung , mula da merepek². Ade umah la kat tengah² hutan tu + isteri tok malam bela sumthin’ dan mengacau dorg ber4 nie + macam² la. Kata cita benar? Nie da buatan neh. Adoii , da la tak tahan nak p tandas pastu cita da menyimpang jao pulak teros tak jadi pegi. Tapi papepon , kira oke la dorg reti bab wat filem nie , aku nie hah? 1 filem pon tak ade ag. Haha.

Kalau nak tau cerita KARAK dengan lebih lanjut , sila la tonton d pawagam yang berdekatan anda. Terima kasih :)