Tuesday, September 11, 2012

pesanan CINTA

Assalamualaikum , 


apabila tidur saya selalu amalkan bacaan ayatul kursi dan 3 Qul. ceritanya bermula waktu saya masih bersekolah rendah. saya suka sangat dengan ustazah azlin. ( *tak silap la ). biasa la kan lumrah dunia kalau kita suka seseorang gerenti kita admirer apa - apa yang dia lakukan. macam tu juga la saya rasa tentang ustazah. ustazah sangat comei , muka berseri , suara ayu jee , aduh semua baik la. :)

jadi satu hari , ustazah pesan kalau nak tidur pastu tak nak mimpi amalkan la surah tiga Qul sebelum tido. * surah al - ikhlas , surah al - falaq dan surah an - nas. ( insyaAllah tak kan mimpi. malam tu saya cuba la untuk melihat kesahihan ayat terbabit ternyata memang berkesan :)

dan hari nie tiba - tiba saya teringat peristiwa berkenaan disebabkan terjumpa ayat dibawah ini.

Bukhari meriwayatkan hadis drpd Aisyah yg berkata , " sesungguhnya Rasulullah S.A.W apabila mahu tidur , baginda mempertemukan dua tapak tangan ( menadah kedua2 tangan ) lalu meniupnya dan membaca surah Al-alaq , Al-Ikhlas , An-Nas dan menyapu mulai kepala , muka sehingga serata tubuh yang tercapai tangan , Baginda lakukan ini sebanyak 3 kali."

Rasulullah berdoa yang bermaksud : " Aku memohon ampun pada Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia yang hidup berdiri sendiri dan akan bertaubat pada-Nya ( tiga kali ) , -Riwayat Tarmizi dr Abi Said al-Khudri "

"( Abi Said menjelaskan Rasulullah pernah memberitahu bahawa sesiapa yg membaca doa di atas sebanyak 3 kali , maka dosa akan diampunkn walau sebanyak buih dilautan , walau sebanyak dedaunan pohon di hutan , walau sebanyak pasir di lautan dan walau sebanyak bilangan hari umur dunia ) "

Baginda juga ada berdoa yg bermaksud ," Dengan Nama Allah , aku meletakkan lambungku . Ya Allah ampuni dosaku dan hindarilah aku dari syaitan dan lepaskanlah tanggunganku dan aku dalam golongan para malaikat yang tertinggi. (Riwayat Abu Daud) Dalam suatu riwayat Ibnu Hibban Abi Hurairah , Rasulullah bersabda yang bermaksud : " sesiapa yang ketika berbaring ( untuk tidur ) dan membaca DOA , " Tiada Tuhan selain Allah , Maha Esa Dia tiada sekutu bagi-Nya ,bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi serta Maha Besar , Maha Suci Allah , segala puji bagi Allah , tiada Tuhan kecuali Allah dan Maha Besar Allah. " maka dosanya diampuni Allah sebanyak buih dilautan.

WALLAHUA'ALAM 


amalkan insyaAllah surah - surah ini dapat membantu anda - anda yang mempunyai masalah tidur yang tidak lena. :D

1. Menolak gangguan jin , syaitan , sihir , was-was dan segala kejahatan.

2. Di baca sebelum tidur 3 kali ( 3 Qul ) dan di tiup ke tangan dan di sapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan akan terhindar dari segala perkara yang buruk.

3. Di turunkan Surah ini kerana Rasulullah s.a.w memohon pada Allah ayat pelindung maka di kurniakan oleh Allah Surah ini.

4. Di baca pada air garam dan di sapu pada badan yang terkena sengatan binatang bisa.

5. Di baca 41 kali selama 3 , 5 atau 7 hari berturut-turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.

6. Jika sesat terutama malam gelap gelita di baca / diulang membaca Surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.

Begitulah hebatnya ayat-ayat yang Allah swt turunkan kepada kita supaya kita dipelihara dari gangguan jin , syaitan dan iblis yang senantiasa ingin menyesatkan manusia.

 saja post benda nie , lepaskan tension wat quantitative analysis tadi.



Monday, August 13, 2012

Siapakah gerangan si DIA???

Assalamualaikum , 


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman.

Siapakah orang yang manis senyumanya? 

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata " Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata ," Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini ", sambil mengukir senyuman. 

Siapakah orang yang kaya? 

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin? 

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi? 

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. 

Siapakah orang yang paling cantik? 

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya. 

Siapakah orang yang mempunyai akal? 

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka. 

Siapakah org yg KEDEKUT ? 

Orang yg kedekut ialah org yg membiar maklumat ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.


“ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini . Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan melimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar ( di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah ). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain. ”
- al - Bukhari.




Sunday, July 22, 2012

CINTA KEKASIHMU YANG SATU ♥♥♥




Assalamualaikum ,

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...
" Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah , niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (Q.s. an-Nahl: 18).

Untukmu yang selalu Kucintai , Saat kau bangun di pagi hari , Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepadaKu , bercerita , meminta pendapatKu , mengucapkan sesuatu untukKu walaupun hanya sepatah kata.

Atau berterima kasih kepadaKu atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu pada malam tadi , kelmarin , atau waktu yang lalu.

Tetapi Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja. Tidak sedikitpun kau menyedari Aku di dekat mu. Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap , Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk.

Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun . Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu . Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu , tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk sekadar berbual-bual.

Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan Aku menanti dengan sabar sepanjang hari. Namun dengan semua kegiatanmu Aku berfikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu.

Sebelum makan siang Aku melihatmu memandang ke sekeliling , mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKu , itulah sebabnya mengapa engkau tidak sedikitpun menyapaKu.

Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu dengan lembut sebelum menjamah makanan yang kuberikan, tetapi engkau tidak melakukannya.

Ya, tidak mengapa, masih ada waktu yang tersisa dan Aku masih berharap engkau akan datang kepadaKu, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menghidupkan TV , Aku tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak, hanya engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya , tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati siaran yang ditampilkan , hingga waktu- waktu untukKu dilupakan..

Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati makananmu tetapi kembali engkau lupa menyebut namaKu dan berterima kasih atas makanan yang telah Kuberikan.

Saat tidur Kufikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidurmu dan tertidur tanpa sepatahpun namaKu kau sebut.

Tidak mengapa kerana mungkin engkau masih belum menyedari bahawa Aku selalu hadir untukmu. Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain.

Aku sangat menyayangimu, setiap hari Aku menantikan sepatah kata darimu, ungkapan isi hatimu, namun tak kunjung tiba.
Baiklah. engkau bangun kembali dan kembali

Aku menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu… Tapi yang Kutunggu. ah tak juga kau menyapaKu. Subuh, Zuhur, Asar, Magrib, Isya dan Subuh lagi kau masih tidak mempedulikan Aku. Tak ada sepatah kata , tak ada seucap doa, tak ada pula harapan dan keinginan untuk sujud kepadaKU.

Apakah salahKu padamu. ? Rezeki yang Kulimpahkan, kesihatan yang Kuberikan, Harta yang Kurelakan , makanan yang Kuhidangkan , Keselamatan yang Kukurniakan , kebahagiaan yang Kuanugerahkan,

apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu ???

Percayalah, Aku selalu mengasihimu, dan Aku tetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKu, memohon perlindunganKu, bersujud menghadapKu … Kembali kepadaKu.

Yang selalu bersamamu setiap saat, TUHANmu. :)


Wednesday, July 11, 2012

Buat PEMILIK hatiku setelah Allah :)




 
Assalamualaikum 
 
ya Allah , lamanyee tidak meng - update blog. sebenarnya banyak sangat cerita yang nak dikongsikan tapi tak tahu nak mula yang mana satu. tapi malam nie saya teringin nak berkongsi ini. harap awak - awak sudi membaca dengan ikhlas. terima kasih :) 
 
YA ALLAH 
Tolong beritahu si dia , aku ada pesanan buatnya , 
Tolong beritahu si dia , cinta agung adalah cinta - Nya , 
Tolong beritahu si dia , cinta manusia bakal membuatnya alpa , 
Tolong nasihati si dia , jangan mencintaiku lebih daripada dia menyintai Yang Maha Esa , Tolong nasihati si dia , jangan mengingatiku lebih daripada dia mengingati Yang Maha Kuasa , 
Tolong nasihati si dia , jangan mendoakanku lebih daripada dia mendoakan ibu bapanya. 
 
YA ALLAH 
 Tolong katakan pada si dia , dahulukan Allah kerana di situ ada syurga , 
Tolong katakan pada si dia , dahulukan ibu bapanya kerana di telapak mereka ada syurganya , 
Tolong katakan pada si dia , aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa , 
Tolong ingatkan si dia , aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta kekayaannya , 
Tolong ingatkan si dia , aku kasihinya kerana santunnya. 
 
YA ALLAH 
 Tolong tegur si dia , apabila dia mula mengagungkan cinta manusia , 
Tolong tegur si dia , bila dia tenggelam dalam angan-angannya , 
Tolong tegur si dia , andai nafsu mengawal fikirannya , 
Tolong sedarkan si dia , Aku milik Yang Maha Esa , 
Tolong sedarkan si dia , aku masih milik keluarga , 
Tolong sedarkan si dia , tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. 
 
YA ALLAH 
Tolong sabarkan si dia , usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana , 
Tolong sabarkan si dia , andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta , Tolong sabarkan si dia , bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya , 
Tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya , 
Tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya , 
Tolong pesan padanya , aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya. 
 
YA ALLAH 
Tolong khabarkan pada si dia , aku tidak mahu melekakan dia , 
Tolong khabarkan pada si dia , aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya , Tolong khabarkan pada si dia , jadilah penyokong dalam kejayaanku , 
Tolong sampaikan pada si dia , aku mendambakan cinta suci yang terjaga , 
Tolong sampaikan pada si dia , cinta kerana Allah tidak ternilai harganya , 
Tolong sampaikan pada si dia , hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa. 
Tolong sampaikan kepada si dia , kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri. 
 
Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia , 
 Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia , Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya. 
 
Si dia , 
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti. 
 
Ya Allah , jika perkara ini baik bagiku dalam urusan agamaku dan penghidupanku serta urusan ku maka takdirkanlah dia untukku dan mudahkan dia bagiku , berkatilah bagiku didalamnya tetapi jika engkau ketahui bahawa perkara ini buruk bagiku dalam agamaku dan penghidupanku serta urusan ku maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula aku daripadanya , dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja adanya , lalu jadikan aku meredhainya. 
 
Ameen. 
cp Tagged Kasih Humairah.

Thursday, June 14, 2012

ingin CANTIK? ini cara mudah untuk kelihatan cantik. :)





Assalamualaikum ,
6 Tips Cantik ala Muslimah.
cantik bukan sekadar terletak pada wajah , tetapi cantik itu datangnya daripada akhlak dan keimanan yang utuh kepada Pencipta. 
ingin kelihatan cantik? tak salah , kerana Allah juga suka akan kecantikan. :)
Innallah jamil , wa yuhibbu jamal 
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. 
 
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik.
Cuci muka minimum 5 kali sehari , iaitu dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan dengan kaen , biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah , solat, berzikir, dan berdo’a.  
2. Untuk menghilangkan stress ( salah satu penyebab kedutan di wajah )
banyakkan ‘ senaman ’. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness , spa , gym, dan lain-lain. Cukup dengan memperbanyak solat. Dengan solat bererti kita menggerakkan seluruh anggota badan dan luahkan semua keluh kesah kita kepada Zat Yang Maha Tahu - Allah SWT dengan zikir dan do’a.

3. Untuk melembabkan muka , agar awet muda
Gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tetapi di hati juga. 
Katakan pada diri sendiri ,
kamu adalah cantik dan tidak memerlukan segala macam pembedahan plastik. Tidak lupa membisikan ‘ kata kunci ’ setiap kali bercermin, “ Allahuma kamma hassanta khalgii fahassin khulqii ” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku , maka perindah pula ahlaq ku) -HR Ahmad.

4. Untuk mendapatkan bibir menawan
Bisikan kalimat - kalimat Allah , tidak berkata bohong , atau menyakiti hati orang lain, tidak sombong dan angkuh serta takbur.

5. Agar tubuh kekal langsing
Lakukan diet yang teratur iaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali iaitu pada hari isnin dan Khamis. Jika kuat ? mampu , lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makan makanan halal, perbanyak sayur - sayuran , buah-buahan , dan air putih ketika berbuka puasa.

6. Untuk mengembangkan diri
Sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan dikenali dan disayangi
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan sehingga mengubah ciptaan-Nya
Muslimahzone.com

Sunday, May 27, 2012

jangan terlalu suka.



Assalamualaikum , 
 
 melihat pasangan2 berkasih sayang melebihi had batasannya sungguh menyayat hati saya. sudah tua ke dunia ini? petanda kiamat dimana - mana. kadang - kadang daripada pandangan mata sendiri melihat manusia yang berlainan agama lebih menjaga ketertiban diri membuatkan hati ini berasa sedih. apabila dibandingkan , ya Allah. bagaimana perkara begini boleh terjadi. siapa yang harus disalahkan? pemimpin kita? ibu bapa? guru - guru? masyarakat? ATAU diri sendiri? yee , diri sendiri yang kurang didikan agama , nilai - nilai murni , adab sopan , dan lain - lain yang menyebabkan ada dalam kalangan kita yang lupa atau yang sebenanya tidak mengetahui batas - batas agama itu sendiri. 
 
 - bangga dengan pasangan masing2. 
- menunjukkan betapa bahagianya mereka dalam dunia khayalan mereka. 
- tidak malu dengan orang sekeliling. 
- dan lain - lain. 
 
tetapi pernahkah mereka terfikir. 
 
 - percakapan orang sekeliling? 
- dosa yang mereka akan tanggung? 
- perasaan ibu bapa masing2? 
 
itulah kadang - kadang kita terlupa. yaa , sengaja lupa. manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan tapi kita berhak merubahnya menjadi lebih baik. asalkan kita menyesali segala perbuatan kita. 
 
 pesanan untuk diri saya juga. insyaAllah saya juga akan berubah untuk menjadi lebih baik walaupun tidak mampu menjadi yang terbaik.
 
 

Sunday, April 15, 2012

hanya Allah yang tahu.




Assalamualaikum ,

hari yang memerlukan kesabaran yang tinggi. dari pagi ke petang kesabaran dicabar. terlalu banyak kata - kata yang keluar. ohhh , sungguh menyakitkan hati.

pagi yang nyaman terganggu apabila dua orang nenek dan seorang wanita yang berumur dalam 40 an bertanya mengenai satu arah yang sememangnya tidak pernah aku dengar sebelum ini. aku membalas " tak ade pulak jalan tu kat sini , kalau jalan depan lagi dah jalan mati dah " . nenek tu teros menengking sambil membantah percakapanku. aku terus tersenyum dan berlalu pergi. dalam hati " salam pun tak bagi , tumpang tanya pun tak sebut , dah jawab marah pulak apa lagi yang nenek nie nak " . ttbe aku terfikir satu iklan " yang MUDA disayangi , yang TUA dihormati " , tapi rasanya dalam situasi nie macam tak sesuai jee. ke manusia yang da berubah??? allahu alam.

dalam pukul 9 lebih , aku menerima satu panggilan telefon.

A : akak , nanti A nak jumpa akak dengan kak uci kat selayang bole?

aku : selayang? akak tak bole pegi jao - jao la

A : camtu kat KL la.

aku : ya Allah A , akak bole jumpa kat umah sendiri jee. nape tak datang rumah jee?

A : A tak tahu la nak pegi umah akak macam mana. A kat cheras nie.

aku : laa , senang je. amek star sampai masjid jamek pastu amek lrt peg taman melati. sampai melati akak amek la. call bila da sampai.

selepas tu aku terus memberitahu ayah tentang kehadiran A.

2 jam berlalu..

aku menerima sms daripada A.

sms : akak , A sampai melati nanti akak ikot A tau. ada surprise untuk akak , pakai baju lawa - lawa sikit tau.

aku : aihh , pelik bebena budak nie. kat mane die nak bawak aku. mula la macam - macam dalam fikiran nie. semua -ve. gementar punya pasai sampai tak lalu nak makan. da la jarang contact.

okay la , pendekkan cte la ehh..

aku dan kak uci telah dibawa ke satu program yang memang setelah sekian lama aku pertahankan diri untuk TIDAK melibatkan diri. apabila sampai di sana kami diberi pendedahan mengenai program tersebut. aku jadi tak senang duduk. perasaan ketika itu hanya rumah. nak tido! nak tido! nak tido!.

setelah keluar. aku hanya membuat muka tidak peduli kerana sememangnya aku langsung tidak berminat dengan program berkenaan. kami di minta berkumpul. seorang lelaki bertanyakan nama aku tapi aku menolak dengan tangan tanda tidak ingin memberitahu.

bermula la babak kurang ajar yang akan aku ingati sampai bila - bila.

lelaki : nama yang berbaju kurung oren nie apa?

aku : menolak dengan tangan tanda tidak ingin memberitahu.

lelaki : A , bawak dia nie ke tepi. asingkan , asingkan.

aku : dalam hati ( kurang ajar punya lelaki. aku tak tunggu A menarik aku ke tepi tetapi aku sendiri yang ke tepi sendiri. kalau A tu masuk campur memang tangan kena pipi dia. adek sedara atau tidak , aku tak peduli )

lelaki tu berborak dengan yang lain - lain. bercerita mengenai program tadi. dan meminta persetujuan untuk menyertai seminar yang akan dianjurkan keesokan hari namun dikenekan bayaran sebanyak 70 hengget.

setelah selesai , A pula mula mengambil tempat untuk menarik kak uci menyertai seminar berkenaan. bercerita mengenai dunia akhirat. pendidikan sampai ke liang lahad. jangan kejar dunia tapi yang akhirat dipinggirkan. dan macam - macam lagi.

disudut tepi , aku hanya tersenyum.

tak salah apa yang dikatakan. tapi yang jadi tak betul apabila orang yang sedemikian bercerita mengenai agama , dunia akhirat , amalan dan sebagai. tapi diri sendiri masih terkontang kanting.

satu : sesampai kami disana A ( perempuan ) terus bersalam dengan lelaki kurang ajar tadi.

- muhrimkah anda berdua?.
- apa status anda? ohh , senior satu kolej bole salam - salam macam tu. salam cium tangan. aihh , agama apa anda guna?
- bila tego asal salam cium tangan dengan lelaki tu. bole ko jawap kene hidung jee.
tengok bila ko salam tu je da nampak macam ko da biasa salam dia. ya Allah.

dua : bercerita mengenai pendidikan. bawa hingga ke liang lahad. tak kesian ke dekat adek - adek bila amek result nanti dorang menanges? sebab kita tak peduli tentang hidup dorang. pelajaran dorang.

- sekolah ditubuhkan untuk apa? apa peranan guru di sekolah?
- yee , memang tak salah mengambil bahan tambahan belajar lain untuk memantapkan lagi pelajaran adek2 tapi kita jangan seratus peratus lupa tentang pengorbanan para pendidik kita.
- cuba fikir kembali sebelum kedatangan IT di dunia. kita bergantung harap kepada guru bukan? :) renung - renungkan.

tiga : bercerita mengenai agama. jangan fikir dunia je tapi akhirat dipersiakan.

- ya Allah , amalan baik buruk kita hanya Allah yang tahu. tak salah kita bercerita mengenai agama disamping menambah pengetahuan tentang perkara yang baik dan buruk. menjual produk sambil berdakwah memang tak salah. tapi kita kene cermin diri dulu. tanya diri sendiri dulu. apa - apa yang aku cakapkan nie betol ke? aku buat ke ape yang aku cakap?

empat : nak beli rumah besar , kereta mewah.

- diri sendiri baru je kate jangan fikir dunia tapi akhirat yang lagi penting. abeh tu yang ko nak rumah besar kereta mewah semua tu bukan dunia ke? ko bawak ke bende - bende tu masok kubur? tu la , bila orang da obses dengan duit semua bende sanggup buat. langsung tak fikir apa yang telah dikatakan. memang betul kata PM kita " MELAYU mudah LUPA ".

lima : ungkit pasal nak banggakan ibu bapa.

- ohh , semata - mata 70 hengget sanggup balik rumah mintak kat ayah duit untuk masuk bende nie???
- hehe , okay la. bila fikir - fikir balik. mane duet PTPTN yang dapat tu? baru 2 sem dah abes ke? tak kan la 70 hengget sampai sanggup balik awal pagi p amek duet tu. tengok situasi tu je. da tau. kita masih harap kan keluarga lagi. macam mane nak sebut nak banggakan ibu bapa. duet sendiri pon tak bole nak guna. untuk kepentingan diri pon masih harapkan keluarga.
- tu la , jangan cepat percaya cakap orang. kata duit banyak. kereta beli cash. baru umur berapa da ada kereta sendiri.
- tengok waktu lelaki kurang ajar tu keluarkan dompet die nak tunjuk kad dekat orang. ohho , bukak dompet bukan maen jao - jao. nipis da satu hal. dompet macam mintak ampun suruh beli yang baru. tu yang ko kate sebulan die dapat 3 ribu tu. orang yang tak keje pon dompet berisi tau.

enam : apabila sifat sopan santun makin terhakis.

- kita , cakap dengan orang nak suruh orang tu join program yang kita sertai mesti la kene amek hati orang tu. cakap elok - elok. layan dengan ikhlas , senyum sentiasa walaupun dalam hati menyampah yang amat.
- tapi lepas lelaki kurang ajar tu layan macam tu. sorry la lelaki , aku memang tak bole sabar. aku memang adil orangnya. ko bwt aku , aku bwt ko. maaf lah , kalau ko terasa dengan perbuatan aku. tapi aku jadi macam tu sebab ko. jangan ingat perempuan bila da pakai baju kurung , muka nampak pendiam konon lemah tak pandai melawan. kami tak LEMAH! cara ko layan jee da buat sakit hati. pastu suruh join. memang sorry sangat2.
- kalau ko layan baik - baik semalam sekurang - kurangnya aku masih boleh pertimbangkan lagi. aku tau ko terdesak nak duet kan.


sekian luahan.

maaf kalau menyakitkan hati mana - mana pihak.





Saturday, March 24, 2012

bangga diri , lalai , tidak bersyukur dll.


Assalamualaikum ,


"Dan Dialah yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji."

(Asy-Syura; 42: 28)


Sepanjang hidup ini Allah kurniakan terlalu banyak nikmat pada kita daripada oksigen , perjalanan darah dalam badan , mata yang boleh melihat , kaki yang boleh bergerak dan yang paling penting nikmat Islam dan Iman.

tetapi terkadang kita lalai. kita bongkak , kita menggunakannya kejalan kemurkaan , kita menunjuk nunjuk dengan megahnya , kita lupa untuk bersyukur dan sebagainya. itulah manusia , kita tidak lari daripada membuat kesilapan , tapi itu bukan satu alasan untuk kita tidak berubah. yee , berubah perbaiki diri. bukan sebaliknya.

kini , melalui mata ku aku melihat ramai manusia yang berpura - pura , bermegah - megah , seringkali mengeluh , tidak bersyukur dan lain - lain. kadang - kadang aku juga begitu. tapi sedikit demi sedikit aku ingin berubah. insyaAllah.

maaf kepada kawan - kawan facebook yang seringkali menjadi santapan mata ini untuk mengetahui tingkahlaku kamu. maaf. namun , sedikit sebanyak , aku menjadi lebih tahu akan perangai mu :)

- janganlah terlalu mesra di facebook , walaupun anda terlalu bahagia tapi biarlah menjadi rahsia antara anda berdua. kan tak manis kalau orang tengok. lagi - lagi kalau kita dalam kalangan orang yang alim. pesanan untuk diri sendiri juga.

- jangan mengeluh. bayangkan satu hari nanti Allah tarik kembali nikmat yang telah diberi. sesal pun da tak guna. walau banyak mana pun kerja , hadapi dengan tabah dan sabar. insyaAllah anda boleh

- semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. bersyukur dan nikmati dengan senyuman. jangan kita riak. semua yang berlaku mempunyai sebab - yang tersendiri. Allah tidak menurunkan sesuatu dugaan jika kita tidak dapat menghadapinya. insyaAllah kita semua istimewa. :)

- jangan lalai mendirikan solat. walaupun sesibuk mana kita , solat itu penting. solat merupakan permulaan kepada sesuatu pekerjaan. insyaAllah segala pekerjaan akan berjalan dengan lancar.

- aurat. sangat penting. saya pun dalam proses mengubah penampilan saya menjadi lebih baik. doakan saya. ( tak perlu lah saya ulas dengan lebih mendalam , semua wanita pun tahu batas - batasnya , azabnya , dan pandangan masyarakat )

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

takut akan Allah. insyaAllah hidup di dunia aman dan damai.

sama - sama kita muhasabah diri.





Sunday, March 18, 2012

cantik.

Assalamualaikum ,

pemandangan bintang - bintang di langit sangat indah ,
keindahan alam berubah mengikut waktu yang berbeza - beza ,

ruang angkasa tidak akan pernah membuat manusia bosan memandangnya dan pandangan manusia tidak akan sampai ke penghujungnya.

sesungguhnya itulah keindahan yang dimiliki oleh manusia untuk dinikmati.
ciptaan ALLAH yang tidak akan pernah kita jangkakan.

mereka tahu Allah itu ada dan sentiasa memerhati tingkah laku mereka , tapi mereka lalai mengikut segala suruhannya walaupun mereka juga tahu azab yang bakal menimpa mereka kelak.

ALLAH MAHA BESAR


Sunday, March 11, 2012

result !!!

Assalamualaikum ,

baru hari tergerak hati nak post mengenai result stpm :) sebelum nak cte panjang lebar , saye nak minta maaf kepada kawan2 yang bertanyakan mengenai result tapi dijawab dengan jawapan yang bersahaja. maaf diatas " kebiadaban " saya.



Alhamdulillah , saya mendapat result yang bagus walaupun tidak seperti yang diharapkan. disebabkan " ketidakpuashatian " saya. saya telah menangis sepanjang keputusan STPM diumumkan. mungkin saya terlalu berharap jadi apabila tidak mendapatkannya , hal itu telah memberi tamparan hebat kepada saya.

disebabkan kata2 cikgu tempoh hari. saya telah merasakan saya tidak bersyukur dengan nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada saya. saya tak patut menangis sebegitu rupa. saya tidak memikirkan perasaan kawan2 yang laen. yang kurang bernasib baik daripada saya.

maaf diatas ketelanjuran yang telah saya lakukan.

mengenai result , kepada sesiapa yang benar2 mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap result saya. yang boleh saya katakan disini , result yang saya perolehi masih lagi boleh menempatkan saya ke universiti. insyaAllah. :) maaf , saya terlalu emosi hari tu.

- ini sahaja yang saya bole terangkan. maaf sangat2.

balik tu kak uci tanya ,

kak uci : result macam mane?

saya : nah , tengok la.

kak uci : elehhh , ingatkan terok la sangat. okay sangat da nie. berape lagi yang ko nak?

saya : aku target laen :(

mak : okay la tu. tak malu menangis.

saya : --------

Sunday, March 4, 2012

anakku anakku , anakku cucuku.

Assalamualaikum ,

perbualan yang singkat sebentar tadi telah menyebabkan mak mengeluarkan kenyataan sebegini. jadi dengan tidak membuang mase saya gunakan kenyataan itu untuk tajuk ary nie.

sebelum tu , saya nak refresh otak dulu tentang cerita -cerita yang acapkali disiarkan di media massa mahupun elektronik. tak tau la kalau saya saje yang terbace kn. tapi kini , cerita mengenai BAPA TIRI ROGOL ANAK TIRI semakin mendapat tempat di hati surat khabar.

sungguh malang nasib si anak dilayan seperti isteri di katil. tidak berotakkah si bapa tiri??? anak menderita tiada siapa yang tahu.

cerita benar semata - mata benar. diceritakan oleh jiran yang berdekatan rumah mangsa.

serba sedikit. bapa bekerjaya , panas baran , emak rakan artis , sibuk bekerja , pergi pagi balik malam. tidak mengetahui hal yang menimpa si anak , mangsa berumur 14 tahun , merana selama tujuh tahun dirogol si bapa tanpa pengetahuan si ibu. di rumah memakai tudung untuk menutup kesan gigitan yang dilakukan oleh bapa di leher. memakai 3 helai baju untuk menutup kesan lebam di badan , sebelum kejadian mangsa sering kali ke sekolah menaiki basikal namun kini mangsa di jemput oleh bapa. apabila menaiki motosikal gaya mereke seperti pasangan kekasih. bercerita kepada kawan mangsa tentang hal yang telah berlaku telah menyebabkan hal tersebut diketahui oleh guru displin. guru tersebut menelefon si ibu dan si ibu terus membuat laporan polis tetapi bapa tiri tidak mengakui tentang hal tersebut. baru - baru ini , mereka telah dihalau keluar dari rumah.

habis tu anak dia tu tak mengandung ke?

mak menjawap : macam mane nak bagi gelaran tu. anakku anakku , anakku cucuku.

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).



Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, dan akan ditanya oleh Allah kelak.

Rasulullah SAW bersabda, “....dan setiap suami ialah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri ialah pemimpin ke atas penghuni rumah dan anak suaminya, serta ia akan diminta pertanggungjawabannya”.

Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik , mengajarnya menulis , mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an”. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami).

akhir kata , jangan fikir cepat nak kahwin sedangkan diri tidak sedia memikul tanggungjawab yangberat sebagai suami dan bapa. wassalam.

Thursday, February 23, 2012

tidak memerlukan.



Assalamualaikum ,

ahha , tajuk hari agak hot sedikit. aww aww. haha. ape hal nie? ohho , panjang cte nyeee. :D nak tau? teruskan membaceeee. haha

kisah lame yang sudah dimamah usia. tajuk ini sesuai untuk tontonan umum. bg yang berumur 13 tahun ke bawah , pengawasan ibu bapa amat diperlukan. c(:

ttbe nk gtau hal nie sbb baru-baru nie ade berlaku satu kisah yang telah merubah saya kepada seorg yang berterus terang mengenai perasaan saya. jadi saya rase sini tempat yang sesuai. dengan itu saya mempersembahkan. ahhaaaa. haha

maaf , saya tak perlukan sesiapa untuk melengkapkan hidup saya melainkan ibu bapa dan keluarga saya. mereka amat penting dalam hidup saya walaupun banyak dugaan yang telah kami hadapi tetapi hubungan kami makin rapat. jadi , kepada sesiapa yang merasa bersalah , mengharap atau tidak berpuas hati. maafkan saya. mungkin sebelum nie perangai saya kebudak budakan , memaksa , menjengkelkan dan sebagainya. maafkan saya. bila difikir-fikirkan semula , setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. :) saya semakin tabah , sabar ( mungkin :) ) , menerima seadanya , dan lain-lain.

lagi satu kepada sesiapa yang pernah kate saya akan dapat lelaki yang lebih baik kelak.

- sekarang yg penting pelajaran saya , impian saya , ibu bapa saya , saya sebagai contoh kepada adik-adik saya dan banggakan keluarga saya. saya tak perlukan selain daripada itu. insyaAllah apabila tiba masanya , saya pasti menjalinkan hubungan jugak , mungkin terus kepada perhubungan yang HALAL. insyaAllah. saya hanya merangcang tapi Allah yang menentukan :D jangan risau tentang saya. tapi risau tentang diri sendiri dulu.

dan pesanan saya , jangan bagi alasan yang tidak munasabah , sedangkan masih membuatnya. harap -harap ada yang faham :D

saya tak marah cuma luah ajeee.

saya tahu diri saya.
ape - ape pon terima kasih kerana sudi membaca :)

[ KLIK SINI ]

Wednesday, February 22, 2012

selamat hari lahir sayang number 3 :D


Assalamualaikum ,

Allah selamatkan kamu ,
Allah selamatkan kamu ,
Allah selamatkan NurFitriyah binti Aprizal dan Aziza ,
Allah selamatkan kamu.

semoga panjang umur dan murah rezeki :) belajar dengan tekun dan dapatkan keputusan yang cemerlang. insyaAllah :D. ingat pesan mak ayah. jangan lupa mereka. tanpa mak ayah kita ibarat tak memiliki apa-apa kat dunia nie.

- saje nak menggedik , sedangkan pukul 12 pagi lagi da wish. haha. marah tanda sayang. lap YOU. haha

nak hadiah ke? tunggu la , maseh berkira-kira nie nak belikan blackberry atau tak. banyakkan berdoa eh?? haha


Saturday, February 18, 2012

kurus sangat ke???

Assalamualaikum ,

malam semalam mak dengan adek asek berbisik - bisik je. dlm hati pon berbisik la " macam la orang nak dengar " haha. wekk c(:

adek : mak , cepat la gitau mak.

mak : kejap la na.

adek : makkkkkk.

makk : nda , esok ana terlibat program kilauan A kat skola die. jadi nda kene p skola esok gantikan mak tau.

aku : ha? wajib ke? bia la die peg sorang je. die yang terlibatkan. ( nak tengok reaksi adek macam mane :D )

adek : wajib la. peg la. mak tak dapat peg esok. gantikan la emak esok.

aku : tengok mood esok eh. haha

***

pagi - pagi ag mak da bagi amaran.

mak : jangan lupe pergi skola liana hari nie!!!

aku : heee , yelaa mak. nda gurau - gurau jela semalam. hehe.

***

dalam pukul 8.30 aku sampai sekola adek. teruja dan segan sebab da lame tak menjejakkan kaki kat sekola. haha. 3 bulan je baru.

* 23 ary bulan nanti aku akan peg jugak. nebessss~

okay la , pendekkan cte jela ehh.

lepas pengenalan kilauan A dan ceramah daripada pengetua. tiba la wktu rehat.
tadi ag mata aku da tertarik kepada seorang wanita yang bergelar guru iaitu Puan Wahida. arhhh , rindu semua cikgu 6 Atas Murni. tiba waktu rehat terkejar - kejar aku p jumpa ckgu. walaupun da 3 bln tak jumpa tp layanan ckgu tetap same. aku tak rase kekok langsung. rase mesra macam selalu. :D

aku : cikguuuuuuuu

cikgu : aiii , teman adik ke? kurusnye sekarang.

aku : yee cikgu. kurus? ha... tk mungkin la cikgu. saya makan banyak daripada biasa tau. hehe

cikgu : kurus la.

aku : ( gelak ) , cikgu cikgu , cikgu tau ke ble result keluar?

cikgu : bukan 23 ke?

aku : ade yg kate 23 , 21. saya pon konpius. hehe. lepas tu kan cikgu. saya mimpi cikgu mara saya. saya tk tau ape mksud disebalik mimpi tu. takot la cikgu.

cikgu : kamu bole jawab tak soalan hari tu?

aku : dapat.

cikgu : kan banyak soalan yg kita da bincang. dapat A la tu.

aku : puhhh , cikgu nie. lepas tu , saya dapat cte yang cikgu da pindah. terkejot saya. dalam hati tk mungkin la cikgu pindah.

cikgu : saya memang nk pindah. da mohon dekat saujana utama. tapi tunggu keputusan kamu semua dulu la.

aku : tu la , tunggu la keputusan kami dulu cikgu. jgn la pindah lagi. hehe

cikgu : peg la makan , nanti program nak start da.

okay , berlaku la adegan bersalam salaman. haha.

tu jee. haha. actually , pasai kurus nie dari bulan lepas ag aku nak kupas. tp tk tau nak tulis macam mane. haha.



-- waktu jumpa syuhada , misra dam amalina. kat tutti frutti.

mis : linda da slim.

syu : kurusnye kau linda.

ama : badan da sama besar aku da.

-- waktu peg wangsa walk dengan misra , amira , aini dan jasmira.

amira : kurus la linda sekarang.

aini : aku je tk naik - naik.

jas : jas pon makin kurus. hehe.

bukan kawan - kawan je yang kate cmtu. keluarga pon same sbnanye.

^bole ayah kate : nda jum la kite p klinik check ape masalah badan makin kurus nie.

^nda : metabolism nda tinggi la tu yah , semua makanan yang nda makan tukar jadi energy.

^mak : tu la , ade yg makan sikit je tp cepat besar.

^kak uci : tertekan tak lama lagi result nak keluar la tu.

memang sangat takot :(

Wednesday, February 1, 2012

dup dap dup dap :/

takot!!!

Bulan Baru : 2

Assalamualaikum ,

alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan melihat dan menikmati dunia oleh Allah SWT.



selamat pagi dunia

Sunday, January 29, 2012

lelaki tak ikhlas!

Assalamualaikum ,

post yang baru menunjukkan tanda² nak basi. haha. actually post nie septotnye dipost 2 hari yang lepas. tp d sebabkan tubuh masih mengecas tenaga jd aku pn hibernate jee slme dua hari. puhhh , penat btoi. yelaaa , da lame tak kuar jalan². :D haha

okay , nape tjok entry nie LELAKI TAK IKHLAS! ???

ktorg kuar dari pkul 3 ptg - 11 malam. sape ktorg tuh? haha. ( aku , kak uci , ema , ida ).

dlm kul 9.30 mlm ktorg singgah sri gombak p mkn kat sana.



ini la suasana ktorg wktu tu. haha

pendekkan cte la eh. tgh menjamu selere ttbe tbka cte pasai pkwe si ema nie. haha. adek die si ida rupenye pnh cte kat kak uci pasai pakwe si ema nie atau pkwe kakak die la.

ida cte la beberapa hari lepas die teman kakak die si ema nie datin' ngn pakwe die. dorg kuar la jalan² dan makan. ttbe ema nie kononnye saje la nk ngade² jd die mnx la pkwe die belanje ice cream harga 3 hengget lbeh je. pkwe die pon p la beli. tup² die beli utk ema je bkn nk beli utk adek ema tu skali. sedangkan die tau adek ema tu pn ade. die wt dek je. muke tak kesah langsong.

jadi mlm tu akak saje la ungkit cte pasai tu. mcm nie la cte die.

kak uci : nda , akak sakit hati btoi tengok kawan akak sorg nie. die kuar dating pastu die ajak la adek die ikot skali. lepastu die mnx la pakwe die belikan ice cream. bole die beli utk makwe die je , adek makwe die tk dipedulikan.

aku : ha , kawan ko yang mane?

kak uci : name die umairah.

aku : ( dalam hati : umairah?? tk pnh pon tau die ade kawan name umairah ). Oooo , jap. kakak die tk ckp ape² langsong ke? tk kan kakak die tk tanye kot untuk adek die tak de ke?

kak uci : die tk ingat langsung psai adek die. yelaaa , kan hari gembira die. pakwe die ingat da dpt kakak die jd perasaan adek makwe die tk yah jage la. akak berapi je ble tau cte nie.

aku : terok btoi. 2 2 terok. tp lelaki tu lbeh sket la. nampak sangat die tu nak memiliki ppuan tu je. bukan ikhlas pon berhubungan.

kak uci : ( senyum sambil pandang ida )

wktu tu ema dgn ida tak bercakap langsung. ttbe ema kate nak p tandas.

wktu tu la kak uci cte sebenanya die tgh cte psai ema. die mane ade kawan name umairah.

kak uci : cte td sebenanye pasai ema. akak saje cte bia die sedar. tk sangke pulak ko sambung cte akak. yelaa , selalunye mesti ko akan kate " ehh ci , ble mase pulak ko ade kawan name umairah? " akak ingat ko nak kate cmtu la.

aku : laaa yeke , aku ingat btoi la pasai umairah. mane la aku tau. haha.

kak uci : tp bgos la ko wat cmtu. haha

ema blek dr tandas ktorg tka topic la.

pesanan penaja : kalau nak amek hati perempuan , kene la amek hati satu keluarga die. tp kalau rase nak hidup sorang² jee bole la buat macam tu. tak de perasaan punye lelaki. wekkkk c(:

tu jela untuk hari nie. aku nak wat money drop online. syok pulak. best! haha. tata~







Wednesday, January 25, 2012

nothin' can be substituted for my love ♥

Assalamualaikum ,

What is Love? this question exists in each human being's mind includin' myself. I believe love is a priceless diamond , because a diamond has thousands of reflections , and each reflection represents a meanin' of love. with love I can have the power against loneliness , sadness , and illness , and to be able to change 'em into my happiness.

family love is another type of love we can think about. it is the love we use between our intermediate family and our extended family members. Family love is said to be blind , only to show that love can be shown to anyone no matter condition or problems one can have. of course we all know about the good times , hard times , and times we have as a family , but no matter what the situations are within the family , love is usually a important part.



therefore people should not hesitate to own this priceless diamond to enhance your life as the way I enhanced mine. although my parents couldn't give us much in terms of material things , actually they gave us so much more. My siblin's and I have a deep appreciation and understandin' of hard work and sacrifice. Havin' experienced the hardships ourselves , we are only that much more grateful for what our parents did for us and I am amazed at our relationship.

I am thankful be born in this family and I am enjoyin' every waking breath I get to spend with 'em. They mean the world to me , they're my everything! I love 'em with all my heart.

With all of my love for eternity.


Saturday, January 21, 2012

raya la pulak :D

Assalamualaikum ,

hee , actually entry kali nie lebih kepada mengimbau kenangan dolu². haha. crita yang suda lapuk dimakan usia kira² 10 taon yang lepas. alahai , sensitip btoi la mengenai usia nie. nampak sangat da tue nyee. haha.

kira² umo aku waktu tu 10 taon la. yelaaa , ( *0 - 10 = 10 ) pandai² la kira guna kalkulator ehh. haha.

waktu nie , bila raya je tk saba btoi nak beraya kat umah jiran² , yoleee mau menambahbanyakkan duet ag ( *menambahbanyakkan?? , kalo cikgu bm bace abes la kene marah :) ) haha. tak kira la jiran dekat ke , jao ke , jao sangat² ke sume tu tk menjadi halangan bagi aku dan kakak² sedara ku. haha. bak kate pepatah " jao perjalanan luas kepoketan " haha. maksud d sini banyak duet masok la. * kte tgh cte pasai raya kan? haha. jgn sensitip sgt eh.. haha

satu bende yang membuatkan aku tersedar baru² nie. haha.

macam nie cte dieee.

setelah penat berjalan , aku ngn kkk sedare pn ttbe terpegun dgn keindahan satu rumah nie. mata kitaorg mula la berduit². bukan pokok je ade duit² eh , mata pon ade tau. haha. krenye ktorg mengharapkan duet lbeh la dr empunya rumah nie. haha.

ktorg : assalamualaikum , kami nak raya. ( 3 kali lbeh afdal. haha )

pakcik : ( bukak pintu pastu teros baring atas sofa dalam rumah die ). yee nak , silalah masok. makan la kuih atas meja tu. nanti air minum sampai la makcik tengah sediakan.

ktorg : ( ape ag mkn dgn lajunya la , mcm tak menyempat ajee , ak duet raya la kate kan ) haha. pakcik , kami da abes makan. mmg sedap.

pakcik : nak , pakcik tak dpt nk bagi duet lbeh , pakcik tgh sakit nie. pakcik bole bagi 20 sen je , bole kan? ( sambil berbaring diatas sofa dan batok yang tk henti² )

ktorg : laa yeke. ( muka kecewa ) tak pe la klau macam tu.

pakcik : tersenyum dan teros bagi duet raya kpd ktorg.

ktorg : salam tgn mkcik tu pastu tros keluar dengan muka yang hampa.

keesokkan harinya , ktorg meneruskan misi mengumpul duet raya ag. ktorg pon jalan la depan rumah pakcik semalam tu. terkejot ktorg tgk die sehat walafiat aje. siap bole gelak kuat² ag depan umah die. ktorg pon pelik. aihh , semalam gaya macam da nazak sangat , hari ini nampak sehat sgt pulak. pastu ktorg teros berjalan macam tak de ape² yang berlaku.

penutupnya.

sekarang baru aku sedar sebenanya ktorg da diperbodohan. pakcik tu guna taktik licik supaya tk payah bagi duet lebeh. adoiii , skrg ble aku nmpk je mke pakcik tu mst aku teringat cte nie. tapi kelaka jgk , nmpk sgt wktu tu ktorg tak matang ag. haha * nak ungkit pasai umo la nie. haha.

- dikesempatan ini , sy nk ucapkan selamat tahun baru cina. walaupun kte berbeza agama dan bangsa tp kte maseh berada dalam satu negara yang sama. tk silap taon nie taon naga air. sape² nak tau lbeh lanjut mengenai Tahun Baru Cina bole la tekan link kat bawah nie yee :D.


LINDA CANTIK



Thursday, January 19, 2012

betoi ke?

Assalamualaikum ,

entry nie hanya sebagai perkongsian yang diceritakan oleh seorang hamba Allah. dah lama sebenanya entry nie. baru nak cerita hari ini. maaf jika terkasar bahasa.

- LELAKI -

Sekarang memanglah aku cari perempuan yang seksi – seksi , yang boleh di pegang , open minded , boleh ikut aku pergi mana – mana dan macam-macam la. aku muda lagi , sekarang enjoy dulu , bukan nak serious pon. memang la aku ade kate aku cintakan dia tapi bukan nya sampai aku nak kawen dengan dorang pon. ( gelak besar )

Bia aku bagitahu kau satu perkara.

Aku , bila kawen nanti aku cari perempuan yang solehah , bertudung , yang boleh jadi emak dan pembimbing untuk anak – anak aku , isteri yang bertanggung jawab , kuat solat dan laen – laen. Aku mesti la nak yang terbaik untuk keluarga aku.





- Ohho , perempuan di ciptakan untuk di sakiti ke? Senang je nak buat apa-apa? Sepatutnya , bimbing la mereka yang suda tersesat ke jalan yang betoi bukan nya semakin ke arah kemurkaan. Ya , Mungkin sebelum ini mereka-mereka terlalu leka dengan keindahan dunia sehingga lupa azab neraka yang akan bakal mereka tempuhi kelak tapi mereka berhak untuk berubah. :/

Tuesday, January 17, 2012

mimpi :/

Assalamualaikum ,

hari nie saya nak bercerita mengenai mimpi. mimpi terbahagi kepada dua mimpi baik dan mimpi buruk. bukan sifat je yang ade sifat baik atau buruk. len macam jee. haha. terpesong suda :D

sebenanya cuma nak meluahkan perasaan ingin tahu saje. tak dela , sejak dua tiga empat menjak nie asek termimpikan orang yang sama jee. apa maksudnye eh?? ade siapa-siapa yang tahu sebabnye? ( macam la ade orang bace :D ) haha.

malam semalam cuba tanya mak , yela mungkin mak tahu la kan sebabnya.

aku : mak , nda nak tanya sket bole tak?

mak : tanya la.

aku : nda kan mak , da 3 ary asek mimpi orang yang sama jee. nape eh mak? plek pulak nda. nak kate tak bace doa sebelum tido , nda buat semua tu. sebab ape ye mak?

mak : mimpi siapa??? ( aku sekadar tersenyum :) )

aku : alaaa , kawan-kawan nda jee.

mak : mungkin nda ingat dorang la tu dan dorang pun ingat nda.

aku : ohhh , camtu kee. yee la kot.

tu jela , saje nak luah isi hati. :D ( pendek je cte die , nak kuar jap c(: ) haha

Friday, January 13, 2012

jumaat dan lelaki islam..


Assalamualaikum ,

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli, yang demikian lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”. (Al-Jumaat: 9)

Rasulullah bersabda maksudnya : “Solat Jumaat adalah wajib ke atas setiap orang Islam secara berjemaah kecuali empat iaitu hamba sahaya, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit”. (HR Abu Daud dan Al-Hakim)


tapi kini , bila jam suda menunjukkan pukul 1 ptg - 2 ptg ramai la yang berpusu-pusu ke panggung wayang , gerai makan , maen bola dan sewaktu dengannya. ingatkan bergegas p masjid rupenye ke laen. tu la manusia sekarang. allahualam. renung²kanlah.

Nabi bersabda,"Sesiapa yang meninggalkan 3 kali solat Jumaat , Allah akan menguncikan hati mereka" (HR Abu Daud)

Sunday, January 8, 2012

cinta buta. butakah mataku???

Assalamualaikum ,



cinta? apa maksud cinta? ade siapa2 bole terangkan? bentuk cinta tu macam mane? ada rasa tak? tinggi ke pendek? dalam ke cetek? luas ke sempit? dan macam-macam la.

cinta? bagi adek aku yang last adalah huruf yang digabungkan iaitu huruf C + huruf I + huruf N + huruf T + huruf A dan jadilah perkataan CINTA.

apa maksud cinta? bagi aku ialah perasaan ingin memiliki antara satu sama lain.

bentuk , rasa , ketinggian , kedalaman dan keluasan? haha , tertakluk kepada individu2 yang terlibat. haha. yelaaa , bak kata orang tengah bercinta. " lautan sanggup ku renangi " oiii , bukan maen2 tu. da kene makan dek paus terkubur terus la cinta tu. hahaha.

sebenanye , niat aku bukan nak ulas mengenai CINTA. aku cuma nak cerita situasi aku sekarang nie yang macam putus cinta. haha. nak tahu sebab ape? meh sini aku cerita.

semalam aku dapat call daripada pihak astro bahawa pemasangan astro beyond akan dibuat pada hari ini. okay , aku bukan maen suka la kan. mana tak nye da nak sebulan astro aku rosak. aku da call banyak kali tapi dorang asek bagi janji palsu je.

mula2 , dorang kate saya akan buat laporan , dalam 48 jam pihak astro akan datang ke rumah cik. okay la , aku pon tunggu la. 2 hari lepas tu , dorang tak datang pon. call pon tak de , khaba berita pon tak tahu. aku nie da macam menunggu kepulangan suami yang pergi belayar kat laut. yela , coverage kat laut kan tak de. mcm mane nak berhubung. *merepek.

tup tup nak sebulan aku tunggu. bayangkan dari 08/12 - 08/01. tak mati kutu aku dok kat umah. da la tk de cte best. kalau ade astro sekurang2nya aku bole tengok cte kartun. aduhhh , rindu. :( nak astro.

okay , balik kepada cerita balik. kan semalam astro call nak datang hari ini. tapi sampai sekarang dorang tak datang ag. aku asek pegang handphone je ary nie. tunggu panggilan astro tu la. nak tido pon asek terbangun2 jee. nak p tandas pon bawak hp. nak makan pon letak kat tepi pinggan. situasi aku nie macam tengah menunggu jejaka yang aku cinta yang tengah curang sebab tu la die tak call2 aku. sebab nie aku bagi title untuk kali ini cinta buta. haha. kena tak? haha

penutup - kalau astro tak datang jugak hari ini aku nak tutop akaun astro teros. buat hati aku sakit jee. duet pon banyak habis.

Saturday, January 7, 2012

salah faham.

Assalamualaikum ,

dulu aku selalu fikir , nape rumah orang yang ade budak-budak kecik mesti bersepah. pastu penuh dengan maenan , dengan keadaan rumah yang tak teraturnyee. macam-macam la dalam fikiran nie. lagi-lagi bila rumah tu tak de pembantu rumah.

hari nie baru aku rasa benda tu. haha. almaklumla , adek paling kecik pon 14 tahun. tak kan la nak berperangai kebudak-budakkan.

semalam , adek umur 4 tahun datang umah. mula-mula sampai tu , pendiam je. langsung tak nak bercakap. hehe. makan pon tak nak. minum gerenti la tak nak jugak. sebab da fed up sangat ngn perangai tu. ape ag , aku ngn akak amek dia pastu bawak p 7 eleven. suh dia pilih mainan dengan makanan yang dia suka. haha.

sampai² je 7 11 , ingatkan dia tak nak bercakap langsung. haha. rupa-rupanya , idea bwk ke 7 eleven untuk bagi dia bercakap berjaya jugak. haha. tp kagum la dengan dia sebab benda pertama yang die tunjuk adalah alat tulis.

adek : nak ni.

aku dengan akak : ehh , tk payah la. nie ade kete nie. kapal terbang , belon pon ade.

adek : nak tulis.

aku dengan akak : yela². hehe

pastu dia teros p pilih air kesukaan die. + coklat. demand jugak budak nie. ( dlm hati aku ) hehe. muka dia gembira je. sampai umah teros die menulis. penuh dengan imaginasi. hehe.

actually petang tu , adek ke 3 bawak die p taman permainan + beli kereta mainan. haha
jadi , malam tu keje die asek menulis dan bermain. tak peduli org sekeliling. pukul 2 pagi baru reti nak tido. haha

pagi tadi seperti biase pukul 5 lbeh aku bangun. solat pastu kemas umah. okay la , rumah kekal bersih sampai la pukul 8 pg. lbeh drpd tu umah macam rumah hantu. adoii , saket kepala aku tengok. hati pon saket. dia start bangun je , rumah da tunggang langgang. die campak merata-rata maenan die. belum maen keja-keja dalam umah ag ngan adek². pastu bagi makan kat die ag. puhh , kesabaran aku tercabar. tak pernah alami keadaan sebegini rupa.

ttbe aku termenung. baru la aku faham perasaan wanita-wanita yang ade anak kecik. mungkin perasaan mak jugak melayan kerenah ktorang waktu kecik-kecik. nak melayan anak da satu hal , keadaan rumah ag , makan minum anak ag. berat betul tugas wanita . kalau la lelaki tak reti nak hargai wanita , bagi aku dorang bukan manusia. bek kahwin dengan binatang je.

tiba waktu makan...
apabila aku suapkan dia , aku rasa macam aku nie da ade sifat keibuan.

aku : sayang , meh sini meh. makan dulu nanti sambung maen balik eh. sini sayang.

dia : terkedek-kedek datang kat aku sebab nak abes kan makan cepat pastu bole sambung main balek.

dia memang comei. sampai kucing kesayangan aku merajok sebab dia da dipinggirkan. haha.



kesimpulannya - anak merupakan rahmat Allah , sekaligus merupakan rezeki bagi sesebuah keluarga. mereka merupakan anugerah terindah di dunia ini. jadi , kepada orang-orang kat luar sana. janganla sesekali terfikir untuk melakukan perbuatan terkutuk yang menyumbang kepada kelahiran bayi-bayi yang tidak berdosa justeru meningkatkan kes pembuangan bayi di negara kita yang terkenal dengan negara islam walaupun berbilang bangsa dan agama.
( pesanan ini untuk diri saya juga )

- sama² kita tegah ye.

sensitif :/

Assalamualaikum.

apabila aku da keluar dengan dia hari itu tapi dalam hari yang sama jugak dia jumpa kawan dia lagi seorang.

then , die post. ohhh , best nye dapat jumpa kawan die sorang lagi tu tanpa menyebut nama aku pon.

gerenti kita akan terasa btoi tak? dalam hati berkata : tak best ke die nie keluar dengan aku? gelak-gelak tadi fake la? maknanya buang masa jela aku jumpe dia tadi.

jadi aku terfikir , yelaaa. kawan die sorg ag tu kan kaya drpd aku. yang aku nie dapat bagi apa aje? die kalau nak kuar pon bole nek kete. aku? tunggu da abes blaja pastu da keje nanti baru la aku beli kete sendiri. waktu tu mungkin aku da lost contact dengan kawan-kawan da. haha.

- tiba-tiba rindu te8.
Helfi , Pijot , Nisa , Anis , Azie , Pija dan Umi :) kan best kita dapat gather sama-sama. korg da keje. aku nie je tak pandai nak keje. dok umah jee. tak tau dapat ape. haha.

Friday, January 6, 2012

wang ringgit Malaysia

Assalamualaikum.



Hari nie nak cerita mengenai duitlah. haha. siapa tak suka duit angkat tangan! tengok tu tak de reaksi pon. hehe. aku pon suka duit , dengan duit aku bole beli apa-apa aje yang aku nak. awww , nak kate aku nie fesyenista pastu abeskan duet ke arah situ tak la pulak sebab kalau bab shoppin' sampai kaki bengkak nie mak dengan kakak aku je yang suka. even segala baju , seluar , tudung dan segala²nyalah semua diuruskan oleh mak dengan akak. haha. ( 18sg ) haha. jadi duet aku memang tak keluar langsung la. haha. kene la pandai pk. strategi :D

bila kawan ajak keluar aku lagi suke pergi tengok wayang ke , maen ice skatin' ke , bowlin' ke , apa-apa lah asaikan bukan shoppin'. kalau nak ajak temankan aje bole jee tapi korg akan menyesal lah sebab aku bukan penasihat yang bagus. haha. cube la tanya pendapat aku semuanya aku jawab okay. haha.

adoi , lari cerita sebenar.. haha.
actually , aku nak cerita pasai aku peg masokkan duit dalam bank tadi. hehe.

okay la , pukul 6 pagi tadi lagi aku da bangun nak solat subuh , kemas rumah lepastu hantar akak p keja pastu bank in kan duit. aww , excited aku pasai duet nie. hehe. sebab ape??? haha. sebab aku mata duitan! haha. aku mengaku. tapi tak de la mata aku ade duit tapi kalau ade best jugak kan. haha.

semenjak adik-adik da start sekola nie , aku la banyak turun tangan kemas umah. dulu bole lagi mengelat sket , buat la alasan ape-ape nak suruh adek. tapi sekarang da tak bole , 2 2 sekola pagi. jadi aku kene lah kemas. kesian la pulak klau suruh adek² kemas jugak. aku pon sayang adek² aku. walaupun kat umah aku suka marah² tapi tipu la kan aku tak sayang. aku marah pon sebab sayang la. haha. :) adoi , nape aku sampai cte bende nie. segan. haha



pendekkan cerita , dalam pukul 9 lebeh pagi tadi aku p Public Bank nak bank in kan duit. ade la rezeki sket. kalau tak simpan takot abes pulak. haha. aku nie da la pemurah , tangan asek nak menderma kat tempat jual makanan je. ( makanan jee dlm fikiran ) haha.

aku bank in dalam RM 1+++ la. sebenarnya , 3 hari lepas pon aku bank in kan duet jugak. haha. jumlah yang sama. haha.
sampai bank aku teros la isi borang dulu , Public Bank nie cekap , tak yah tunggu lama-lama. baru je nak melabuhkan punggung dekat kerusi number da dipanggil. jadi bek isi borg dulu baru amek number kalau tak sakit tangan nak kene tulis laju-laju nanti sebab da kena panggil. haha.

aku dapat kaunter yang sama dengan 3 hari lepas. pakcik india. hehe. kaunter 8.

pakcik : ( ambil buku bank pastu tengok muka aku macam pelik , lepastu bukak buku bank aku tengok jumlah duit dalam tu. ) haa , betol la. aih , baru tiga hari masok duit , hari nie nak masok lagi. banyak duit. ( cakap sambil tersenyum lebar )

aku : adelah rezeki sikit. :)

pakcik : nak number akaun saya tak? haha. ( kawan-kawan kaunter sebelah² die sume gelak. ) yela maksod die , aku bole la masok kan duit dalam bank die. sekurang² nya berisi jugak bank die.

aku : mampu tersenyum jela. dalam hati kate , pakcik nie ingat lagi muke aku rupenya. segan btoi. aku pon tak sangka dapat kaunter yang sama. maluuu.

pakcik : bagi buku bank pastu senyum nampak gigi. terima kasih.

aku : terima kasih jugak. :)

aku pon cepat-cepat keluar. niat aku nak masok duit jee. gaya aku tadi macam ade wat salah je. tapi bialah kan , pakcik tu mendoakan aku la tu. mane tau aku dapat duet lebeh ke pas die cakap macam tu. haha.

kesimpulannya - bile aku nak masokkan duet ag bila² nnt , aku tak nak dapat kaunter pakcik tu da. kalau dapat jugak aku p amek number baru. haha. puas! :D