Saturday, March 24, 2012

bangga diri , lalai , tidak bersyukur dll.


Assalamualaikum ,


"Dan Dialah yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji."

(Asy-Syura; 42: 28)


Sepanjang hidup ini Allah kurniakan terlalu banyak nikmat pada kita daripada oksigen , perjalanan darah dalam badan , mata yang boleh melihat , kaki yang boleh bergerak dan yang paling penting nikmat Islam dan Iman.

tetapi terkadang kita lalai. kita bongkak , kita menggunakannya kejalan kemurkaan , kita menunjuk nunjuk dengan megahnya , kita lupa untuk bersyukur dan sebagainya. itulah manusia , kita tidak lari daripada membuat kesilapan , tapi itu bukan satu alasan untuk kita tidak berubah. yee , berubah perbaiki diri. bukan sebaliknya.

kini , melalui mata ku aku melihat ramai manusia yang berpura - pura , bermegah - megah , seringkali mengeluh , tidak bersyukur dan lain - lain. kadang - kadang aku juga begitu. tapi sedikit demi sedikit aku ingin berubah. insyaAllah.

maaf kepada kawan - kawan facebook yang seringkali menjadi santapan mata ini untuk mengetahui tingkahlaku kamu. maaf. namun , sedikit sebanyak , aku menjadi lebih tahu akan perangai mu :)

- janganlah terlalu mesra di facebook , walaupun anda terlalu bahagia tapi biarlah menjadi rahsia antara anda berdua. kan tak manis kalau orang tengok. lagi - lagi kalau kita dalam kalangan orang yang alim. pesanan untuk diri sendiri juga.

- jangan mengeluh. bayangkan satu hari nanti Allah tarik kembali nikmat yang telah diberi. sesal pun da tak guna. walau banyak mana pun kerja , hadapi dengan tabah dan sabar. insyaAllah anda boleh

- semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. bersyukur dan nikmati dengan senyuman. jangan kita riak. semua yang berlaku mempunyai sebab - yang tersendiri. Allah tidak menurunkan sesuatu dugaan jika kita tidak dapat menghadapinya. insyaAllah kita semua istimewa. :)

- jangan lalai mendirikan solat. walaupun sesibuk mana kita , solat itu penting. solat merupakan permulaan kepada sesuatu pekerjaan. insyaAllah segala pekerjaan akan berjalan dengan lancar.

- aurat. sangat penting. saya pun dalam proses mengubah penampilan saya menjadi lebih baik. doakan saya. ( tak perlu lah saya ulas dengan lebih mendalam , semua wanita pun tahu batas - batasnya , azabnya , dan pandangan masyarakat )

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

takut akan Allah. insyaAllah hidup di dunia aman dan damai.

sama - sama kita muhasabah diri.





Sunday, March 18, 2012

cantik.

Assalamualaikum ,

pemandangan bintang - bintang di langit sangat indah ,
keindahan alam berubah mengikut waktu yang berbeza - beza ,

ruang angkasa tidak akan pernah membuat manusia bosan memandangnya dan pandangan manusia tidak akan sampai ke penghujungnya.

sesungguhnya itulah keindahan yang dimiliki oleh manusia untuk dinikmati.
ciptaan ALLAH yang tidak akan pernah kita jangkakan.

mereka tahu Allah itu ada dan sentiasa memerhati tingkah laku mereka , tapi mereka lalai mengikut segala suruhannya walaupun mereka juga tahu azab yang bakal menimpa mereka kelak.

ALLAH MAHA BESAR


Sunday, March 11, 2012

result !!!

Assalamualaikum ,

baru hari tergerak hati nak post mengenai result stpm :) sebelum nak cte panjang lebar , saye nak minta maaf kepada kawan2 yang bertanyakan mengenai result tapi dijawab dengan jawapan yang bersahaja. maaf diatas " kebiadaban " saya.



Alhamdulillah , saya mendapat result yang bagus walaupun tidak seperti yang diharapkan. disebabkan " ketidakpuashatian " saya. saya telah menangis sepanjang keputusan STPM diumumkan. mungkin saya terlalu berharap jadi apabila tidak mendapatkannya , hal itu telah memberi tamparan hebat kepada saya.

disebabkan kata2 cikgu tempoh hari. saya telah merasakan saya tidak bersyukur dengan nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada saya. saya tak patut menangis sebegitu rupa. saya tidak memikirkan perasaan kawan2 yang laen. yang kurang bernasib baik daripada saya.

maaf diatas ketelanjuran yang telah saya lakukan.

mengenai result , kepada sesiapa yang benar2 mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap result saya. yang boleh saya katakan disini , result yang saya perolehi masih lagi boleh menempatkan saya ke universiti. insyaAllah. :) maaf , saya terlalu emosi hari tu.

- ini sahaja yang saya bole terangkan. maaf sangat2.

balik tu kak uci tanya ,

kak uci : result macam mane?

saya : nah , tengok la.

kak uci : elehhh , ingatkan terok la sangat. okay sangat da nie. berape lagi yang ko nak?

saya : aku target laen :(

mak : okay la tu. tak malu menangis.

saya : --------

Sunday, March 4, 2012

anakku anakku , anakku cucuku.

Assalamualaikum ,

perbualan yang singkat sebentar tadi telah menyebabkan mak mengeluarkan kenyataan sebegini. jadi dengan tidak membuang mase saya gunakan kenyataan itu untuk tajuk ary nie.

sebelum tu , saya nak refresh otak dulu tentang cerita -cerita yang acapkali disiarkan di media massa mahupun elektronik. tak tau la kalau saya saje yang terbace kn. tapi kini , cerita mengenai BAPA TIRI ROGOL ANAK TIRI semakin mendapat tempat di hati surat khabar.

sungguh malang nasib si anak dilayan seperti isteri di katil. tidak berotakkah si bapa tiri??? anak menderita tiada siapa yang tahu.

cerita benar semata - mata benar. diceritakan oleh jiran yang berdekatan rumah mangsa.

serba sedikit. bapa bekerjaya , panas baran , emak rakan artis , sibuk bekerja , pergi pagi balik malam. tidak mengetahui hal yang menimpa si anak , mangsa berumur 14 tahun , merana selama tujuh tahun dirogol si bapa tanpa pengetahuan si ibu. di rumah memakai tudung untuk menutup kesan gigitan yang dilakukan oleh bapa di leher. memakai 3 helai baju untuk menutup kesan lebam di badan , sebelum kejadian mangsa sering kali ke sekolah menaiki basikal namun kini mangsa di jemput oleh bapa. apabila menaiki motosikal gaya mereke seperti pasangan kekasih. bercerita kepada kawan mangsa tentang hal yang telah berlaku telah menyebabkan hal tersebut diketahui oleh guru displin. guru tersebut menelefon si ibu dan si ibu terus membuat laporan polis tetapi bapa tiri tidak mengakui tentang hal tersebut. baru - baru ini , mereka telah dihalau keluar dari rumah.

habis tu anak dia tu tak mengandung ke?

mak menjawap : macam mane nak bagi gelaran tu. anakku anakku , anakku cucuku.

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).



Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, dan akan ditanya oleh Allah kelak.

Rasulullah SAW bersabda, “....dan setiap suami ialah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri ialah pemimpin ke atas penghuni rumah dan anak suaminya, serta ia akan diminta pertanggungjawabannya”.

Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik , mengajarnya menulis , mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an”. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami).

akhir kata , jangan fikir cepat nak kahwin sedangkan diri tidak sedia memikul tanggungjawab yangberat sebagai suami dan bapa. wassalam.