Sunday, April 15, 2012

hanya Allah yang tahu.




Assalamualaikum ,

hari yang memerlukan kesabaran yang tinggi. dari pagi ke petang kesabaran dicabar. terlalu banyak kata - kata yang keluar. ohhh , sungguh menyakitkan hati.

pagi yang nyaman terganggu apabila dua orang nenek dan seorang wanita yang berumur dalam 40 an bertanya mengenai satu arah yang sememangnya tidak pernah aku dengar sebelum ini. aku membalas " tak ade pulak jalan tu kat sini , kalau jalan depan lagi dah jalan mati dah " . nenek tu teros menengking sambil membantah percakapanku. aku terus tersenyum dan berlalu pergi. dalam hati " salam pun tak bagi , tumpang tanya pun tak sebut , dah jawab marah pulak apa lagi yang nenek nie nak " . ttbe aku terfikir satu iklan " yang MUDA disayangi , yang TUA dihormati " , tapi rasanya dalam situasi nie macam tak sesuai jee. ke manusia yang da berubah??? allahu alam.

dalam pukul 9 lebih , aku menerima satu panggilan telefon.

A : akak , nanti A nak jumpa akak dengan kak uci kat selayang bole?

aku : selayang? akak tak bole pegi jao - jao la

A : camtu kat KL la.

aku : ya Allah A , akak bole jumpa kat umah sendiri jee. nape tak datang rumah jee?

A : A tak tahu la nak pegi umah akak macam mana. A kat cheras nie.

aku : laa , senang je. amek star sampai masjid jamek pastu amek lrt peg taman melati. sampai melati akak amek la. call bila da sampai.

selepas tu aku terus memberitahu ayah tentang kehadiran A.

2 jam berlalu..

aku menerima sms daripada A.

sms : akak , A sampai melati nanti akak ikot A tau. ada surprise untuk akak , pakai baju lawa - lawa sikit tau.

aku : aihh , pelik bebena budak nie. kat mane die nak bawak aku. mula la macam - macam dalam fikiran nie. semua -ve. gementar punya pasai sampai tak lalu nak makan. da la jarang contact.

okay la , pendekkan cte la ehh..

aku dan kak uci telah dibawa ke satu program yang memang setelah sekian lama aku pertahankan diri untuk TIDAK melibatkan diri. apabila sampai di sana kami diberi pendedahan mengenai program tersebut. aku jadi tak senang duduk. perasaan ketika itu hanya rumah. nak tido! nak tido! nak tido!.

setelah keluar. aku hanya membuat muka tidak peduli kerana sememangnya aku langsung tidak berminat dengan program berkenaan. kami di minta berkumpul. seorang lelaki bertanyakan nama aku tapi aku menolak dengan tangan tanda tidak ingin memberitahu.

bermula la babak kurang ajar yang akan aku ingati sampai bila - bila.

lelaki : nama yang berbaju kurung oren nie apa?

aku : menolak dengan tangan tanda tidak ingin memberitahu.

lelaki : A , bawak dia nie ke tepi. asingkan , asingkan.

aku : dalam hati ( kurang ajar punya lelaki. aku tak tunggu A menarik aku ke tepi tetapi aku sendiri yang ke tepi sendiri. kalau A tu masuk campur memang tangan kena pipi dia. adek sedara atau tidak , aku tak peduli )

lelaki tu berborak dengan yang lain - lain. bercerita mengenai program tadi. dan meminta persetujuan untuk menyertai seminar yang akan dianjurkan keesokan hari namun dikenekan bayaran sebanyak 70 hengget.

setelah selesai , A pula mula mengambil tempat untuk menarik kak uci menyertai seminar berkenaan. bercerita mengenai dunia akhirat. pendidikan sampai ke liang lahad. jangan kejar dunia tapi yang akhirat dipinggirkan. dan macam - macam lagi.

disudut tepi , aku hanya tersenyum.

tak salah apa yang dikatakan. tapi yang jadi tak betul apabila orang yang sedemikian bercerita mengenai agama , dunia akhirat , amalan dan sebagai. tapi diri sendiri masih terkontang kanting.

satu : sesampai kami disana A ( perempuan ) terus bersalam dengan lelaki kurang ajar tadi.

- muhrimkah anda berdua?.
- apa status anda? ohh , senior satu kolej bole salam - salam macam tu. salam cium tangan. aihh , agama apa anda guna?
- bila tego asal salam cium tangan dengan lelaki tu. bole ko jawap kene hidung jee.
tengok bila ko salam tu je da nampak macam ko da biasa salam dia. ya Allah.

dua : bercerita mengenai pendidikan. bawa hingga ke liang lahad. tak kesian ke dekat adek - adek bila amek result nanti dorang menanges? sebab kita tak peduli tentang hidup dorang. pelajaran dorang.

- sekolah ditubuhkan untuk apa? apa peranan guru di sekolah?
- yee , memang tak salah mengambil bahan tambahan belajar lain untuk memantapkan lagi pelajaran adek2 tapi kita jangan seratus peratus lupa tentang pengorbanan para pendidik kita.
- cuba fikir kembali sebelum kedatangan IT di dunia. kita bergantung harap kepada guru bukan? :) renung - renungkan.

tiga : bercerita mengenai agama. jangan fikir dunia je tapi akhirat dipersiakan.

- ya Allah , amalan baik buruk kita hanya Allah yang tahu. tak salah kita bercerita mengenai agama disamping menambah pengetahuan tentang perkara yang baik dan buruk. menjual produk sambil berdakwah memang tak salah. tapi kita kene cermin diri dulu. tanya diri sendiri dulu. apa - apa yang aku cakapkan nie betol ke? aku buat ke ape yang aku cakap?

empat : nak beli rumah besar , kereta mewah.

- diri sendiri baru je kate jangan fikir dunia tapi akhirat yang lagi penting. abeh tu yang ko nak rumah besar kereta mewah semua tu bukan dunia ke? ko bawak ke bende - bende tu masok kubur? tu la , bila orang da obses dengan duit semua bende sanggup buat. langsung tak fikir apa yang telah dikatakan. memang betul kata PM kita " MELAYU mudah LUPA ".

lima : ungkit pasal nak banggakan ibu bapa.

- ohh , semata - mata 70 hengget sanggup balik rumah mintak kat ayah duit untuk masuk bende nie???
- hehe , okay la. bila fikir - fikir balik. mane duet PTPTN yang dapat tu? baru 2 sem dah abes ke? tak kan la 70 hengget sampai sanggup balik awal pagi p amek duet tu. tengok situasi tu je. da tau. kita masih harap kan keluarga lagi. macam mane nak sebut nak banggakan ibu bapa. duet sendiri pon tak bole nak guna. untuk kepentingan diri pon masih harapkan keluarga.
- tu la , jangan cepat percaya cakap orang. kata duit banyak. kereta beli cash. baru umur berapa da ada kereta sendiri.
- tengok waktu lelaki kurang ajar tu keluarkan dompet die nak tunjuk kad dekat orang. ohho , bukak dompet bukan maen jao - jao. nipis da satu hal. dompet macam mintak ampun suruh beli yang baru. tu yang ko kate sebulan die dapat 3 ribu tu. orang yang tak keje pon dompet berisi tau.

enam : apabila sifat sopan santun makin terhakis.

- kita , cakap dengan orang nak suruh orang tu join program yang kita sertai mesti la kene amek hati orang tu. cakap elok - elok. layan dengan ikhlas , senyum sentiasa walaupun dalam hati menyampah yang amat.
- tapi lepas lelaki kurang ajar tu layan macam tu. sorry la lelaki , aku memang tak bole sabar. aku memang adil orangnya. ko bwt aku , aku bwt ko. maaf lah , kalau ko terasa dengan perbuatan aku. tapi aku jadi macam tu sebab ko. jangan ingat perempuan bila da pakai baju kurung , muka nampak pendiam konon lemah tak pandai melawan. kami tak LEMAH! cara ko layan jee da buat sakit hati. pastu suruh join. memang sorry sangat2.
- kalau ko layan baik - baik semalam sekurang - kurangnya aku masih boleh pertimbangkan lagi. aku tau ko terdesak nak duet kan.


sekian luahan.

maaf kalau menyakitkan hati mana - mana pihak.