Sunday, July 22, 2012

CINTA KEKASIHMU YANG SATU ♥♥♥




Assalamualaikum ,

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang...
" Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah , niscaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (Q.s. an-Nahl: 18).

Untukmu yang selalu Kucintai , Saat kau bangun di pagi hari , Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepadaKu , bercerita , meminta pendapatKu , mengucapkan sesuatu untukKu walaupun hanya sepatah kata.

Atau berterima kasih kepadaKu atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu pada malam tadi , kelmarin , atau waktu yang lalu.

Tetapi Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja. Tidak sedikitpun kau menyedari Aku di dekat mu. Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap , Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk.

Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun . Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu . Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu , tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk sekadar berbual-bual.

Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan Aku menanti dengan sabar sepanjang hari. Namun dengan semua kegiatanmu Aku berfikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu.

Sebelum makan siang Aku melihatmu memandang ke sekeliling , mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKu , itulah sebabnya mengapa engkau tidak sedikitpun menyapaKu.

Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu dengan lembut sebelum menjamah makanan yang kuberikan, tetapi engkau tidak melakukannya.

Ya, tidak mengapa, masih ada waktu yang tersisa dan Aku masih berharap engkau akan datang kepadaKu, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menghidupkan TV , Aku tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak, hanya engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya , tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati siaran yang ditampilkan , hingga waktu- waktu untukKu dilupakan..

Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati makananmu tetapi kembali engkau lupa menyebut namaKu dan berterima kasih atas makanan yang telah Kuberikan.

Saat tidur Kufikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidurmu dan tertidur tanpa sepatahpun namaKu kau sebut.

Tidak mengapa kerana mungkin engkau masih belum menyedari bahawa Aku selalu hadir untukmu. Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain.

Aku sangat menyayangimu, setiap hari Aku menantikan sepatah kata darimu, ungkapan isi hatimu, namun tak kunjung tiba.
Baiklah. engkau bangun kembali dan kembali

Aku menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu… Tapi yang Kutunggu. ah tak juga kau menyapaKu. Subuh, Zuhur, Asar, Magrib, Isya dan Subuh lagi kau masih tidak mempedulikan Aku. Tak ada sepatah kata , tak ada seucap doa, tak ada pula harapan dan keinginan untuk sujud kepadaKU.

Apakah salahKu padamu. ? Rezeki yang Kulimpahkan, kesihatan yang Kuberikan, Harta yang Kurelakan , makanan yang Kuhidangkan , Keselamatan yang Kukurniakan , kebahagiaan yang Kuanugerahkan,

apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu ???

Percayalah, Aku selalu mengasihimu, dan Aku tetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKu, memohon perlindunganKu, bersujud menghadapKu … Kembali kepadaKu.

Yang selalu bersamamu setiap saat, TUHANmu. :)


Wednesday, July 11, 2012

Buat PEMILIK hatiku setelah Allah :)




 
Assalamualaikum 
 
ya Allah , lamanyee tidak meng - update blog. sebenarnya banyak sangat cerita yang nak dikongsikan tapi tak tahu nak mula yang mana satu. tapi malam nie saya teringin nak berkongsi ini. harap awak - awak sudi membaca dengan ikhlas. terima kasih :) 
 
YA ALLAH 
Tolong beritahu si dia , aku ada pesanan buatnya , 
Tolong beritahu si dia , cinta agung adalah cinta - Nya , 
Tolong beritahu si dia , cinta manusia bakal membuatnya alpa , 
Tolong nasihati si dia , jangan mencintaiku lebih daripada dia menyintai Yang Maha Esa , Tolong nasihati si dia , jangan mengingatiku lebih daripada dia mengingati Yang Maha Kuasa , 
Tolong nasihati si dia , jangan mendoakanku lebih daripada dia mendoakan ibu bapanya. 
 
YA ALLAH 
 Tolong katakan pada si dia , dahulukan Allah kerana di situ ada syurga , 
Tolong katakan pada si dia , dahulukan ibu bapanya kerana di telapak mereka ada syurganya , 
Tolong katakan pada si dia , aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa , 
Tolong ingatkan si dia , aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta kekayaannya , 
Tolong ingatkan si dia , aku kasihinya kerana santunnya. 
 
YA ALLAH 
 Tolong tegur si dia , apabila dia mula mengagungkan cinta manusia , 
Tolong tegur si dia , bila dia tenggelam dalam angan-angannya , 
Tolong tegur si dia , andai nafsu mengawal fikirannya , 
Tolong sedarkan si dia , Aku milik Yang Maha Esa , 
Tolong sedarkan si dia , aku masih milik keluarga , 
Tolong sedarkan si dia , tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. 
 
YA ALLAH 
Tolong sabarkan si dia , usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana , 
Tolong sabarkan si dia , andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta , Tolong sabarkan si dia , bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya , 
Tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya , 
Tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya , 
Tolong pesan padanya , aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya. 
 
YA ALLAH 
Tolong khabarkan pada si dia , aku tidak mahu melekakan dia , 
Tolong khabarkan pada si dia , aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya , Tolong khabarkan pada si dia , jadilah penyokong dalam kejayaanku , 
Tolong sampaikan pada si dia , aku mendambakan cinta suci yang terjaga , 
Tolong sampaikan pada si dia , cinta kerana Allah tidak ternilai harganya , 
Tolong sampaikan pada si dia , hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa. 
Tolong sampaikan kepada si dia , kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri. 
 
Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia , 
 Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia , Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya. 
 
Si dia , 
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti. 
 
Ya Allah , jika perkara ini baik bagiku dalam urusan agamaku dan penghidupanku serta urusan ku maka takdirkanlah dia untukku dan mudahkan dia bagiku , berkatilah bagiku didalamnya tetapi jika engkau ketahui bahawa perkara ini buruk bagiku dalam agamaku dan penghidupanku serta urusan ku maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula aku daripadanya , dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja adanya , lalu jadikan aku meredhainya. 
 
Ameen. 
cp Tagged Kasih Humairah.