Monday, January 7, 2013

garang ke?

Assalamualaikum ,


 hee , lamenye dah tak update blog. Sebenarnya selalu je bukak blog tapi tak tau ape nak cerita. hee. tapi memandang hari nie mood baik sikit jadi nak kongsi satu cerita la. haha.

kebanyakan orang yang kenai saya tau yang saya garang. perhaps??? haha. even dengan family pon saya tak berapa peramah plus kalau ade yang buat silap sikit  mesti saya akan melenting. senang cite satu family la takot termasuk mak ayah :D hee. bukan tu je , kawan kakak dan adik pon takot kat saya. walhal tak penah pon marah dorg c(: mungkin sebab muka saya yang jarang senyum dan tegas jadi dorg tak berani nak cakap bukan - bukan.

tapi tu dulu , sekarang saya da berubah. :) berubah sikit. :P bukan saya kata. tapi adik beradik kate tau. haha. semenjak masok Uni la. sebab tinggal kat hostel pastu dah jarang jumpa family. 
first time saya rase laen sangat. walaupun penah peg PLKN sebelum nie dan langsung tak jumpa pon family 2 bulan lebih tapi saya tak sedih sangat. tapi nie laen bila da tinggal jao dari family , 45 minit je pon dari rumah tetap ase rindu. call setiap hari pon tak penah cukup. cian mak asek topupkan jee. hee.

jadi satu hari tu , saya terpikir. kesiannya kat orang yang tak de family. ntah la , ase sedih je bila fikir bukan - bukan waktu tu. saya beruntung ag ade mak ayah kakak adik. jadi ape salahnya kalau saya layan dorang dengan baik. tunaikan ape - ape yang dorang nak takat yang saya mampu , kongsi cerita suka duka , dan macam - macam la. 

setiap minggu saya balik. jumaat lepas abes kelas saya terus balik , ahad malam ayah hantar. kalau tak pagi isnin saya drive balik Uni. tengok keadaan la. menunjukkan betapa saya nak balik sangat rumah. haha. agpon makan sedap sikit. haha. bole tengok tv. haha. klu kat hostel bole je tgk tv tapi tv3 jela. dah itu je yang elok. haha. klaka pulak bila ingat - ingat balik. eh , merepek jap. haha

sambung cite kat atas , saya sikit - sikit berubah. bila saya balik rumah. saya dah jarang marah. dorg nak makan apa - apa saya belikan , nak peg mana - mana saya bawak , nak beli barang saya bagi duet. kirenya jadi kakak yang baik la nie. hee. rasa sayu bila tengok muka family. sayangnya saya kat dorang. semenjak tu , adik - adik dah banyak luah perasaan dorang kat saya. macam - macam cerita dorang suh saya dengar , mintak pendapat pon ada. biasalah bila dah adik beradik semua perempuan. haha. cerita itu ke itu jela. haha. alhamdulillah saya belum terlambat untuk merasakan semua tu. * berkat tinggal jao dari family nie :P haha.

lebih kurang macam nie la adik kata :

adik : nda , ko dah banyak berubah kan sekarang.
saya : ha? berubah apenye?
adik : yela , dulu ko asek nak marah je. ktorg mane berani nak ckp lebih. nak mintak duet ag la. 
saya : haha , yeke. jadi aku baik la skrg? hee
adik : ha ah , lebih baik. baru cakap nak makan tu terus ko belikan , dah ngam sikit la. nak bercerita sama - sama pon bole.
saya : ( senyum :) )

pendek kan cite , tadi kawan adik datang. macam yang saya cerita tadi saya kan garang jadi dorang tak penah pon beborak dengan saya. haha
lepas tu waktu dorang tengah makan , waktu tu pulak saya tengah bergayut dengan pijot a.k.a fizah atau name facebook die ( munah versace ) * jot, aku promote ko nie :P . tengah on call tu la , pelik bila dorang asek pandang - pandang. memang la dorang da lama tak nampak saya sebab saya belajar kat shah alam. nie pon sebab tengah bercuti. waktu dorang pandang - pandang senyum - senyum tu saya buat tak tau jela. malas nak layan. terus beborak jela ngan pijot. macam - macam cite kuar. maklum la sorang kat gombak sorang kat sabah. jaonye kita jot :( seb bek kite still keep in touch. sayang ko la kawan.

dah abes borak sebab kedit pijot da abes. haha. * lamanye kita cakap. kawan adik pon da balik. peg la tanya adik , nape kawan die pandang - pandang tadi. 

saya : pit , nape dorang pandang - pandang aku tadi?
adik : dorang kata ko makin cantik. 
saya : haha , bia betoi. asai pulak?
adik : dorang kate muka ko makin berseri - seri. banyak kali kot dorg sebut naik bosan aku. desi la , aku hantar balik tadi. ktorg tengah beborak pasai benda laen tiba - tiba die sebot ag psai ko. "  betol fyt , kakak ko makin cantik ".
saya : kembang la. haha. ape ag. tak penah - penah budak - budak tu nak puji.
kakak : sebab ko da jarang marah tu nda. 
saya : marah? erk. tak de perkataan laen ke. :/


jadi kesimpulannya. linda. jangan marah - marah kalau nak orang puji. haha. :P tapi kan betoi jugak kot. semenjak da jarang marah nie. mood pon okay je. nak gelak pon senang. sebelum nie jangan kate gelak. senyum pon susah. haha. dan yang paling penting saya da makin rapat dengan ahli keluarga. bahagianya saya. hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika ini. Alhamdulillah.






Tuesday, September 11, 2012

pesanan CINTA

Assalamualaikum , 


apabila tidur saya selalu amalkan bacaan ayatul kursi dan 3 Qul. ceritanya bermula waktu saya masih bersekolah rendah. saya suka sangat dengan ustazah azlin. ( *tak silap la ). biasa la kan lumrah dunia kalau kita suka seseorang gerenti kita admirer apa - apa yang dia lakukan. macam tu juga la saya rasa tentang ustazah. ustazah sangat comei , muka berseri , suara ayu jee , aduh semua baik la. :)

jadi satu hari , ustazah pesan kalau nak tidur pastu tak nak mimpi amalkan la surah tiga Qul sebelum tido. * surah al - ikhlas , surah al - falaq dan surah an - nas. ( insyaAllah tak kan mimpi. malam tu saya cuba la untuk melihat kesahihan ayat terbabit ternyata memang berkesan :)

dan hari nie tiba - tiba saya teringat peristiwa berkenaan disebabkan terjumpa ayat dibawah ini.

Bukhari meriwayatkan hadis drpd Aisyah yg berkata , " sesungguhnya Rasulullah S.A.W apabila mahu tidur , baginda mempertemukan dua tapak tangan ( menadah kedua2 tangan ) lalu meniupnya dan membaca surah Al-alaq , Al-Ikhlas , An-Nas dan menyapu mulai kepala , muka sehingga serata tubuh yang tercapai tangan , Baginda lakukan ini sebanyak 3 kali."

Rasulullah berdoa yang bermaksud : " Aku memohon ampun pada Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia yang hidup berdiri sendiri dan akan bertaubat pada-Nya ( tiga kali ) , -Riwayat Tarmizi dr Abi Said al-Khudri "

"( Abi Said menjelaskan Rasulullah pernah memberitahu bahawa sesiapa yg membaca doa di atas sebanyak 3 kali , maka dosa akan diampunkn walau sebanyak buih dilautan , walau sebanyak dedaunan pohon di hutan , walau sebanyak pasir di lautan dan walau sebanyak bilangan hari umur dunia ) "

Baginda juga ada berdoa yg bermaksud ," Dengan Nama Allah , aku meletakkan lambungku . Ya Allah ampuni dosaku dan hindarilah aku dari syaitan dan lepaskanlah tanggunganku dan aku dalam golongan para malaikat yang tertinggi. (Riwayat Abu Daud) Dalam suatu riwayat Ibnu Hibban Abi Hurairah , Rasulullah bersabda yang bermaksud : " sesiapa yang ketika berbaring ( untuk tidur ) dan membaca DOA , " Tiada Tuhan selain Allah , Maha Esa Dia tiada sekutu bagi-Nya ,bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi serta Maha Besar , Maha Suci Allah , segala puji bagi Allah , tiada Tuhan kecuali Allah dan Maha Besar Allah. " maka dosanya diampuni Allah sebanyak buih dilautan.

WALLAHUA'ALAM 


amalkan insyaAllah surah - surah ini dapat membantu anda - anda yang mempunyai masalah tidur yang tidak lena. :D

1. Menolak gangguan jin , syaitan , sihir , was-was dan segala kejahatan.

2. Di baca sebelum tidur 3 kali ( 3 Qul ) dan di tiup ke tangan dan di sapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan akan terhindar dari segala perkara yang buruk.

3. Di turunkan Surah ini kerana Rasulullah s.a.w memohon pada Allah ayat pelindung maka di kurniakan oleh Allah Surah ini.

4. Di baca pada air garam dan di sapu pada badan yang terkena sengatan binatang bisa.

5. Di baca 41 kali selama 3 , 5 atau 7 hari berturut-turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.

6. Jika sesat terutama malam gelap gelita di baca / diulang membaca Surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.

Begitulah hebatnya ayat-ayat yang Allah swt turunkan kepada kita supaya kita dipelihara dari gangguan jin , syaitan dan iblis yang senantiasa ingin menyesatkan manusia.

 saja post benda nie , lepaskan tension wat quantitative analysis tadi.



Monday, August 13, 2012

Siapakah gerangan si DIA???

Assalamualaikum , 


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman.

Siapakah orang yang manis senyumanya? 

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata " Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata ," Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini ", sambil mengukir senyuman. 

Siapakah orang yang kaya? 

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin? 

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi? 

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. 

Siapakah orang yang paling cantik? 

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? 

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? 

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya. 

Siapakah orang yang mempunyai akal? 

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka. 

Siapakah org yg KEDEKUT ? 

Orang yg kedekut ialah org yg membiar maklumat ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.


“ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini . Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan melimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar ( di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah ). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain. ”
- al - Bukhari.