ya Allah , lamanyee tidak meng - update blog. sebenarnya banyak sangat cerita yang nak dikongsikan tapi tak tahu nak mula yang mana satu. tapi malam nie saya teringin nak berkongsi ini. harap awak - awak sudi membaca dengan ikhlas. terima kasih :)
YA ALLAH
Tolong beritahu si dia , aku ada pesanan buatnya ,
Tolong beritahu si dia , cinta agung adalah cinta - Nya ,
Tolong beritahu si dia , cinta manusia bakal membuatnya alpa ,
Tolong nasihati si dia , jangan mencintaiku lebih daripada dia menyintai Yang Maha Esa ,
Tolong nasihati si dia , jangan mengingatiku lebih daripada dia mengingati Yang Maha Kuasa ,
Tolong nasihati si dia , jangan mendoakanku lebih daripada dia mendoakan ibu bapanya.
YA ALLAH
Tolong katakan pada si dia , dahulukan Allah kerana di situ ada syurga ,
Tolong katakan pada si dia , dahulukan ibu bapanya kerana di telapak mereka ada syurganya ,
Tolong katakan pada si dia , aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa ,
Tolong ingatkan si dia , aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta kekayaannya ,
Tolong ingatkan si dia , aku kasihinya kerana santunnya.
YA ALLAH
Tolong tegur si dia , apabila dia mula mengagungkan cinta manusia ,
Tolong tegur si dia , bila dia tenggelam dalam angan-angannya ,
Tolong tegur si dia , andai nafsu mengawal fikirannya ,
Tolong sedarkan si dia , Aku milik Yang Maha Esa ,
Tolong sedarkan si dia , aku masih milik keluarga ,
Tolong sedarkan si dia , tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.
YA ALLAH
Tolong sabarkan si dia , usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana ,
Tolong sabarkan si dia , andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta ,
Tolong sabarkan si dia , bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya ,
Tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya ,
Tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya ,
Tolong pesan padanya , aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya.
YA ALLAH
Tolong khabarkan pada si dia , aku tidak mahu melekakan dia ,
Tolong khabarkan pada si dia , aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya ,
Tolong khabarkan pada si dia , jadilah penyokong dalam kejayaanku ,
Tolong sampaikan pada si dia , aku mendambakan cinta suci yang terjaga ,
Tolong sampaikan pada si dia , cinta kerana Allah tidak ternilai harganya ,
Tolong sampaikan pada si dia , hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa.
Tolong sampaikan kepada si dia , kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.
Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia ,
Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia , Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.
Si dia ,
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti.
Ya Allah , jika
perkara ini baik bagiku dalam urusan agamaku dan penghidupanku serta urusan ku maka takdirkanlah dia untukku dan mudahkan dia
bagiku , berkatilah bagiku didalamnya tetapi jika engkau ketahui
bahawa perkara ini buruk bagiku dalam agamaku dan penghidupanku serta urusan ku maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula aku
daripadanya , dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja adanya , lalu
jadikan aku meredhainya.
No comments:
Post a Comment