Thursday, June 14, 2012

ingin CANTIK? ini cara mudah untuk kelihatan cantik. :)





Assalamualaikum ,
6 Tips Cantik ala Muslimah.
cantik bukan sekadar terletak pada wajah , tetapi cantik itu datangnya daripada akhlak dan keimanan yang utuh kepada Pencipta. 
ingin kelihatan cantik? tak salah , kerana Allah juga suka akan kecantikan. :)
Innallah jamil , wa yuhibbu jamal 
Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. 
 
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik.
Cuci muka minimum 5 kali sehari , iaitu dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan dengan kaen , biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah , solat, berzikir, dan berdo’a.  
2. Untuk menghilangkan stress ( salah satu penyebab kedutan di wajah )
banyakkan ‘ senaman ’. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness , spa , gym, dan lain-lain. Cukup dengan memperbanyak solat. Dengan solat bererti kita menggerakkan seluruh anggota badan dan luahkan semua keluh kesah kita kepada Zat Yang Maha Tahu - Allah SWT dengan zikir dan do’a.

3. Untuk melembabkan muka , agar awet muda
Gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tetapi di hati juga. 
Katakan pada diri sendiri ,
kamu adalah cantik dan tidak memerlukan segala macam pembedahan plastik. Tidak lupa membisikan ‘ kata kunci ’ setiap kali bercermin, “ Allahuma kamma hassanta khalgii fahassin khulqii ” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku , maka perindah pula ahlaq ku) -HR Ahmad.

4. Untuk mendapatkan bibir menawan
Bisikan kalimat - kalimat Allah , tidak berkata bohong , atau menyakiti hati orang lain, tidak sombong dan angkuh serta takbur.

5. Agar tubuh kekal langsing
Lakukan diet yang teratur iaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali iaitu pada hari isnin dan Khamis. Jika kuat ? mampu , lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makan makanan halal, perbanyak sayur - sayuran , buah-buahan , dan air putih ketika berbuka puasa.

6. Untuk mengembangkan diri
Sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan dikenali dan disayangi
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan sehingga mengubah ciptaan-Nya
Muslimahzone.com