Wednesday, July 11, 2012

Buat PEMILIK hatiku setelah Allah :)




 
Assalamualaikum 
 
ya Allah , lamanyee tidak meng - update blog. sebenarnya banyak sangat cerita yang nak dikongsikan tapi tak tahu nak mula yang mana satu. tapi malam nie saya teringin nak berkongsi ini. harap awak - awak sudi membaca dengan ikhlas. terima kasih :) 
 
YA ALLAH 
Tolong beritahu si dia , aku ada pesanan buatnya , 
Tolong beritahu si dia , cinta agung adalah cinta - Nya , 
Tolong beritahu si dia , cinta manusia bakal membuatnya alpa , 
Tolong nasihati si dia , jangan mencintaiku lebih daripada dia menyintai Yang Maha Esa , Tolong nasihati si dia , jangan mengingatiku lebih daripada dia mengingati Yang Maha Kuasa , 
Tolong nasihati si dia , jangan mendoakanku lebih daripada dia mendoakan ibu bapanya. 
 
YA ALLAH 
 Tolong katakan pada si dia , dahulukan Allah kerana di situ ada syurga , 
Tolong katakan pada si dia , dahulukan ibu bapanya kerana di telapak mereka ada syurganya , 
Tolong katakan pada si dia , aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa , 
Tolong ingatkan si dia , aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta kekayaannya , 
Tolong ingatkan si dia , aku kasihinya kerana santunnya. 
 
YA ALLAH 
 Tolong tegur si dia , apabila dia mula mengagungkan cinta manusia , 
Tolong tegur si dia , bila dia tenggelam dalam angan-angannya , 
Tolong tegur si dia , andai nafsu mengawal fikirannya , 
Tolong sedarkan si dia , Aku milik Yang Maha Esa , 
Tolong sedarkan si dia , aku masih milik keluarga , 
Tolong sedarkan si dia , tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. 
 
YA ALLAH 
Tolong sabarkan si dia , usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana , 
Tolong sabarkan si dia , andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta , Tolong sabarkan si dia , bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya , 
Tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya , 
Tolong pesan padanya , aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya , 
Tolong pesan padanya , aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya. 
 
YA ALLAH 
Tolong khabarkan pada si dia , aku tidak mahu melekakan dia , 
Tolong khabarkan pada si dia , aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya , Tolong khabarkan pada si dia , jadilah penyokong dalam kejayaanku , 
Tolong sampaikan pada si dia , aku mendambakan cinta suci yang terjaga , 
Tolong sampaikan pada si dia , cinta kerana Allah tidak ternilai harganya , 
Tolong sampaikan pada si dia , hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa. 
Tolong sampaikan kepada si dia , kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri. 
 
Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia , 
 Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia , Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya. 
 
Si dia , 
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti. 
 
Ya Allah , jika perkara ini baik bagiku dalam urusan agamaku dan penghidupanku serta urusan ku maka takdirkanlah dia untukku dan mudahkan dia bagiku , berkatilah bagiku didalamnya tetapi jika engkau ketahui bahawa perkara ini buruk bagiku dalam agamaku dan penghidupanku serta urusan ku maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula aku daripadanya , dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja adanya , lalu jadikan aku meredhainya. 
 
Ameen. 
cp Tagged Kasih Humairah.

No comments:

Post a Comment