Tuesday, June 21, 2011

An unexpected message again :/

Assalamualaikum ,

Sila jaga perlakuan anda. Okay , saya da penat dengan tuduh tidak berasas daripada pihak-pihak tertentu. Kenape kamu semua ( yang terlibat sahaja ) suka bertanya mengenai lelaki yang suda terang terangan TIDAK mempunyai apa-apa hubungan dengan saya??? Sangat bagus ke menyerang daripada belakang dengan menuduh saya mempunyai hubungan dengan mereka? Kenapa tidak terus bertanya dengan teman lelaki anda-anda sekalian sendiri??? Kenapa mesti tanya saya?

Okay , Antara soalan pernah di tanya :

“ saya ada soalan nak tanya , awak dengan dot dot dot ade ape-ape hubungan ke? “ ( penat lah! )

“ balas soalan saya cepat. Awak tahu tak gf dot dot dot siapa? “ ( malas btoi nak balas soalan nie )

“ kenapa dot dot dot rapat dengan awak? “ ( adoii wanita nie )

“ patut la ramai suka awak! “ ( ape maksud kata-kata tu huh? )

“ kenal tak siapa gf dot dot dot? “ ( tak nak tahu pon )

Dan lain-lain….. ( sebenarnya soalan mereka-mereka agak ganas sikit tapi telah d edit oleh saya jadi tak la nampak kurang sopan sangat kan? )

Maaf la , saya da malas dengan mental torture kamu semua. Saya nak hidup aman damai tanpa kekacauan daripada suasana yang menyakitkan hati.


Pesanan daripada penaja : Kalau anda tidak mempunyai kepercayaan antara satu sama lain dengan teman lelaki anda. Jangan teruskan hubungan itu lagi. Tidak beri apa-apa makna taok. Dan anda-anda sekalian jagalah teman lelaki anda sebaik mungkin supaya tidak berlaku hal yang tidak di ingini.

DAN jangan disebabkan saya tidak mempunyai teman istimewa jadi anda-anda sekalian bole menuduh saya bukan-bukan? Hahahaha. Mungkin saya perlu cari seorang bidan terjun yang sudi untuk menjadi teman istimewa saya , baru anda-anda semua lega??? Huh? Hentikan semua ini! Saya dah penat! Penat! Penat!


Maaf kalau ade yang tersinggung , cume luahan hati. :(

No comments:

Post a Comment