Thursday, April 28, 2011

Kedudukan saf ketika hanya ada seorang makmum

Assalamualaikum ,

Apabila solat berdua (seorang imam dan seorang makmum). Saf makmum ialah di sebelah kanan dan selari dengan imam. Tidak ke belakang mahupun ke hadapan walau sedikit. Ini berdasarkan dalil berikut:



Diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah al-Anshaari Radiallahu ‘anhu:



“…Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berdiri untuk menunaikan solat, Lalu aku pun datang dan berdiri di sebelah kiri baginda. Rasulullah SAW menarik tanganku lalu memindahkanku ke sebelah kanan baginda. Kemudian datang pula Jabbar bin Shakr . Beliau berwudhu’ lalu mengikut kami bersolat, beliau berdiri di sebelah kiri Rasulullah. Baginda pun menarik tangan kami berdua lalu memindahkan kami ke belakang baginda…” [Sahih Muslim: 3010]



Syaikh ‘Abdul Karim bin ‘Abdillah Al-Khudair hafizahullah menerangkan: Makmum yang hanya seorang diri (bersama imam) jika dia berada di sebelah kanan imam, posisi yang tepat adalah dia berada selari dengan imam. Posisinya adalah sebagaimana dia berada satu saf dengan imam. Ini kerana saat itu, posisi makmum yang seorang diri bersama imam dianggap satu saf sehingga posisi imam dan makmum yang tepat ketika itu adalah selari.



Sebahagian ulama Syafi’iyah berpendapat bahawa makmum hendaklah berdiri ke belakang sedikit dari posisi imam. Namun di dalam hal ini, mereka tidak menyebutkan hujah daripada dalil. Mereka hanya berhujah bahawa posisi imam mestilah di depan makmum. Inilah asalnya menurut mereka. Jika makmum hanya seorang diri, maka hendaklah imam sedikit ke hadapan dengan alasan tadi. Namun yang tepat, tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa makmum hendaklah berada sedikit di belakang imam. Akan tetapi jika makmumnya dua orang, maka posisinya adalah di belakang imam.



Sumber: Syarh Al Muharror, Kitab Ash Sholah, http://www.khudheir.com/text/5467

No comments:

Post a Comment