Friday, May 20, 2011

Dugaan

Assalamualaikum ,



Kenapa kita di timpa dugaan silih berganti ? non-stop ( bak kata orang itam ) , kenapa tak bahagia je setiap mase? Kekadang kita tak terdaya nak menempuhnya , tapi apa kan daya terpaksa jugak.
kita didatangi ujian , dugaan , pancaroba dan sewaktu dengannya kerana Allah s.w.t tahu kita boleh hadapinya dan merupakan salah satu cara menguji kesabaran kita , ketabahan kita dan ketaatan kita. Kenapa , kenapa dan kenapa?
Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "kaffarah" (penghapus)kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu
menurut besarnya sesuatu bencana ujian;
dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka,
kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda,
maka dia akan beroleh keredaan Allah,
dan sesiapa yang bersikap keluh kesah
serta benci menerima ujian itu,
maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah."

(at-Tarmidzi dan Ibn Majah)

ya Allah





No comments:

Post a Comment