Tuesday, May 17, 2011

Guru : dialah ibu dialah bapa dan juga sahabat :)

Assalamualaikum ,

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

sedikit nukilan ,

Jasamu Dikenang

Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.

Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Ahmad Sarju
Klang
1988

sedikit santapan sambutan hari guru ,
Tema Perayaan Hari Guru 2011 adalah " Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara".



perarakan untuk menyambut guru ke tempat duduk.



bergambo sebentar yee :)



muke² semangat nk sambut cikgu nehh



guru menyanyikan lagu mereka. alamak , lupe tajuk die ape. haha

barisan guru-guru 6 Atas Murni :) uhuk uhuk c(:



mama laila , merangkap guru Geografi dan ibu kami. we all love u mama :)



guru Bahasa Melayu , guru cemerlang ( DG54 " bak kate cikgu , hanya 16 orang je cikgu dalam Malaysia nie dapat DG54 " jd bersyukur la yee ) , ibu kami :) kami sayang cikgu. cikgu selalu bg kata² semangat kat kami , menaikkan semangat kami seterusnya membuang sifat malas kami. :D



guru bertudung merah - merupakan guru Pengajian Am kami , selalu buat kami ketawa , cikgu penah kate tak nak layan kami macam pelajar arus perdana sebab kami da besar. cume kami je perangai cm budak². hehe

guru bertudung putih - merupakan guru Sejarah kami , suke wat gaya comel tau , kekadang kami tergelak sendiri. hehe



akhir sekali , guru MUET kami , dan merangkap papa kami ( lebih kepada saya , helfi , pijot je oke ) haha. sir yang comei. suke bagi soalan dan jawapan juga. tu wat anak² die nehh jadi pemalas kadang². haha.


we all love u teachers. mmmmmmuah

No comments:

Post a Comment