Sunday, January 8, 2012

cinta buta. butakah mataku???

Assalamualaikum ,



cinta? apa maksud cinta? ade siapa2 bole terangkan? bentuk cinta tu macam mane? ada rasa tak? tinggi ke pendek? dalam ke cetek? luas ke sempit? dan macam-macam la.

cinta? bagi adek aku yang last adalah huruf yang digabungkan iaitu huruf C + huruf I + huruf N + huruf T + huruf A dan jadilah perkataan CINTA.

apa maksud cinta? bagi aku ialah perasaan ingin memiliki antara satu sama lain.

bentuk , rasa , ketinggian , kedalaman dan keluasan? haha , tertakluk kepada individu2 yang terlibat. haha. yelaaa , bak kata orang tengah bercinta. " lautan sanggup ku renangi " oiii , bukan maen2 tu. da kene makan dek paus terkubur terus la cinta tu. hahaha.

sebenanye , niat aku bukan nak ulas mengenai CINTA. aku cuma nak cerita situasi aku sekarang nie yang macam putus cinta. haha. nak tahu sebab ape? meh sini aku cerita.

semalam aku dapat call daripada pihak astro bahawa pemasangan astro beyond akan dibuat pada hari ini. okay , aku bukan maen suka la kan. mana tak nye da nak sebulan astro aku rosak. aku da call banyak kali tapi dorang asek bagi janji palsu je.

mula2 , dorang kate saya akan buat laporan , dalam 48 jam pihak astro akan datang ke rumah cik. okay la , aku pon tunggu la. 2 hari lepas tu , dorang tak datang pon. call pon tak de , khaba berita pon tak tahu. aku nie da macam menunggu kepulangan suami yang pergi belayar kat laut. yela , coverage kat laut kan tak de. mcm mane nak berhubung. *merepek.

tup tup nak sebulan aku tunggu. bayangkan dari 08/12 - 08/01. tak mati kutu aku dok kat umah. da la tk de cte best. kalau ade astro sekurang2nya aku bole tengok cte kartun. aduhhh , rindu. :( nak astro.

okay , balik kepada cerita balik. kan semalam astro call nak datang hari ini. tapi sampai sekarang dorang tak datang ag. aku asek pegang handphone je ary nie. tunggu panggilan astro tu la. nak tido pon asek terbangun2 jee. nak p tandas pon bawak hp. nak makan pon letak kat tepi pinggan. situasi aku nie macam tengah menunggu jejaka yang aku cinta yang tengah curang sebab tu la die tak call2 aku. sebab nie aku bagi title untuk kali ini cinta buta. haha. kena tak? haha

penutup - kalau astro tak datang jugak hari ini aku nak tutop akaun astro teros. buat hati aku sakit jee. duet pon banyak habis.

No comments:

Post a Comment